PEMBUKAAN SEMULA PASAR MALAM TAMAN PINJI MEWAH

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 16hb September 2021 baru-baru ini, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah membuka semula operasi Pasar Malam PUBI Perak di Taman Pinji Mewah, Ipoh Perak setelah ditutup pada bulan April 2021 yang lalu.

Alhamdulillah, susulan dengan pengumuman Kerajaan baru-baru ini yang telah membenarkan semula aktiviti ekonomi iaitu operasi pasar malam diadakan dengan syarat SOP yang telah ditetapkan dan diketahui oleh umum.

Baca Lanjut