SEMPAT UCAP SYAHADAH, MANGSA COVID-19 ‘PERGI’ DENGAN MUDAH

KISAH KEHIDUPAN – SEMPAT UCAP SYAHADAH, MANGSA COVID-19 ‘PERGI’ DENGAN MUDAH

Seorang anak kepada mangsa Covid-19 yang meninggal dunia meluahkan rasa syukur apabila urusan pengkebumian jenazah bapanya semalam berjalan lancar.

Menerusi laman Facebook, Elyas Harun turut memberi penghargaan terima kasih buat semua pihak yang banyak membantu sepanjang arwah bapanya disahkan positif Covid-19 sehingga ke liang lahad.

Menurut Elyas, Allahyarham yang dikenali sebagai Haji Harun ‘pergi’ dalam keadaan baik dan mudah selain sempat mengucap dua kalimah syahadah.

Baca Lanjut

PKP: ENAM BERANAK BERTEDUH DI PONDOK

Gambar – BH Online

KISAH KEHIDUPAN – ENAM BERANAK BERTEDUH DI PONDOK

BALING: Enam beranak terpaksa berteduh di pondok dalam kebun getah selepas pemilik rumah sewa yang didiami mereka sejak enam tahun lalu, tidak lagi membenarkan keluarga berkenaan tinggal di situ.

Mohd Balhisham Abdul Latif, 44, berkata sebelum ini dia bersama isteri, Norazirah Zaini, 34, dan empat anak tinggal di rumah sewa di Kampung Weng Dalam, Siong.

Bagaimanapun, mereka diminta keluar dari rumah itu baru-baru ini menyebabkan dia tiada pilihan kecuali membawa keluarganya tinggal di pondok di Kampung Tanjung Langsat, Siong.

Baca Lanjut

DOKTOR RINDU PADA ABANG-ABANG TABLIGH YANG SENTIASA BERZIKIR

KISAH KEHIDUPAN – DOKTOR RINDU PADA ABANG-ABANG TABLIGH YANG SENTIASA BERZIKIR: “SENTIASA DENGAR AZAN DALAM WAD”

Petugas kesihatan antara barisan harapan negara dalam memerangi wabak Covid-19. Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit. Jika pesakit memberikan kerjasama yang baik pasti memudahkan perawat namun sebaiknya pula berlaku.

Dr Mohd Afiq menerusi status yang dimuatnaik di Facebook, menyatakan kerinduan kepada pesakit Covid-19 daripada kluster Tabligh yang dikatakan sangat baik dan merendah diri.

Namun, merawat kelompok terbaru yang ‘menghuni’ wad menurutnya disifatkan lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu sendiri.

Baca Lanjut

COVID-19: DUA PETUGAS KESIHATAN MAUT, 181 POSITIF

COVID-19: DUA PETUGAS KESIHATAN MAUT, 181 POSITIF

SERAMAI 181 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan swasta dikesan positif Covid-19 manakala dua kematian membabitkan golongan terbabit dilaporkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan mendapati punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan itu bukan disebabkan pengendalian kes positif di fasiliti kesihatan.

“Daripada jumlah itu, 122 petugas kesihatan dijangkiti di luar kawasan hospital, contohnya menghadiri kenduri perkahwinan dan datang hospital lalu menjangkiti rakan mereka.

Baca Lanjut