BONCENG MAYAT TEMAN WANITA SEJAUH 15 KILOMETER

TERKINI – BONCENG MAYAT TEMAN WANITA SEJAUH 15 KILOMETER

ROMPIN: Tindakan sepasang remaja bersiar-siar dengan motosikal ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, berakhir tragedi apabila motosikal dinaiki mereka bertembung kerbau, menyebabkan seorang gadis terbunuh awal pagi ini.

Dalam ketakutan melihat teman wanitanya meninggal dunia di lokasi nahas itu, remaja lelaki terbabit membawa mayat mangsa dengan motosikal sebelum ditinggalkan di bawah garaj rumah keluarga gadis terbabit di FELDA Keratong 10 dekat Muadzam Shah di sini.

Suspek berusia 17 tahun itu, dikatakan membawa mayat mangsa yang meninggal dunia akibat cedera parah di kepala itu sejauh 15 kilometer, selepas mereka terbabit kemalangan dengan kerbau berkenaan di hadapan kilang sawit FELDA Keratong 3, kira-kira jam 3.30 pagi.

Baca Lanjut

GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN PKS (PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA SERTA MIKRO)

INFO – GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN PKS (PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA SERTA MIKRO)

Seperti yang kita sedia maklum, wabak Covid-19 telah menjejaskan aktiviti ekonomi negara Malaysia dan telah menyebabkan Perusahaan Kecil dan Sederhana telah mengalami kerugian kerana aktiviti ekonomi telah terhenti disebabkan wabak ini. 

Oleh yang demikian, Perdana Menteri pada 6 april 2020 lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN”.

Pengumuman ini merupakan berita baik kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iatu selain daripada tambahan Program Subsidi upah, ia adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.

Baca Lanjut