SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YAB MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BHD MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN KEPADA YAB BERHORMAT MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

Seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd mendoakan agar Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dipanjangkan umur serta sihat walafiat dan dirahmati Allah SWT di dalam menerajui Negeri Perak ke arah kegemilangan.

Insyallah..

Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

AHLI JAWATANKUASA PUBI PERAK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema
Seruan takbir yang berkumandang,
Kami aturkan salam menyambut Hari Raya AidilFitri,
Jika ada kata serta khilaf membekas lara,
Mohon maaf zahir dan batin..

Ikhlas daripada,
Ahli Jawatankuasa PUBI Perak


KUNJUNGAN TIDAK RASMI YB HASNUL ZULKARNAIN KE PEJABAT PUBI PERAK & KOPUBI PERAK BHD

HUBUNGAN PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BHD DENGAN KERAJAAN NEGERI PERAK DIPERKUKUHKAN DEMI PEMBANGUNAN NGO DAN KOPERASI DI NEGERI PERAK INI

Terkini, pada 23hb Mei 2019 yang lalu, PUBI Perak telah menerima kunjungan tidak rasmi daripada YB Hasnul Zulkarnain Abd Munaim selaku Exco Multimedia, Komunikasi & NGO Negeri Perak.

Seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi singgah dan membuat lawatan tidak rasmi ke pejabat kami.

Sokongan yang padu ini serta semangat yang diberikan akan dimanfaatkan oleh pihak kami untuk meneruskan agenda di dalam usaha memartabatkan NGO di negeri Perak ini serta di dalam Sektor Pembangunan Usahawan terutamanya.

Insyallah..



PENJAWAT AWAM DI MIRI RUGI LEBIH RM1 JUTA

TERKINI | SEORANG PENJAWAT AWAM DI MIRI RUGI LEBIH RM1 JUTATER AKIBAT TERPEDAYA DENGAN PANGGILAN DARI ‘MAHKAMAH’

MIRI: Seorang penjawat awam di sini kerugian RM1,096,800 setelah diperdaya oleh seorang wanita yang yang mendakwa dari Mahkamah Terengganu awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 52 tahun pada mulanya dihubungi menerusi telefon oleh seorang wanita yang bernama ‘Syaifa Omar’ dari Mahkamah Terengganu pada 7 Mei lepas.

Baca Lanjut