
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK PALING AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA UNTUK MEMBANTU USAHAWAN KECIL DAN BESAR DENGAN PEMBUKAAN TAPAK PASAR MALAM YANG BAHARU
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan termasukkan membuka tapak perniagaan seperti pasar malam.
Hendak berniaga? Tapi susah nak dapat tapak..? Jangan bimbang kerana pubi perak akan membuka dua lagi tapak pasar malam yang baharu di dalam masa terdekat ini!
WOW! BERITA BAIK!!!! PERMOHONAN TAPAK BERNIAGA PASAR MALAM PUBI PERAK KINI DIBUKA!!!
Kami perlukan peniaga-peniaga yang benar-benar hendak mencari rezeki serta mengembangkan perniagaan masing-masing dengan berniaga di Pasar Malam anjuran PUBI Perak yang akan dibuka tidak lama lagi di 2 lokasi baharu yang sangat strategik di Bandaraya Ipoh ini!
Inilah peluang buat semua untuk menambah pendapatan disamping meningkatkan ekonomi masing-masing.
Tapak pasar malam tersebut adalah di lokasi-lokasi seperti berikut:
1) CADANGAN SETIAP HARI ISNIN | AKAN DIBUKA PADA 01HB JULAI 2019
—> TAPAK PASAR MALAM PANORAMA LAPANGAN PERDANA. (SEPANJANG JALAN LAPANGAN PERDANA 11, PANORAMA LAPANGAN PERDANA)

Lokasi Lapangan Panorama Perdana dipilih kerana kawasan yang sangat strategik berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dibuat seperti berikut;
– Berhampiran dengan Pasaraya TF Value Lapangan Panorama
– Berhampiran dengan asrama pekerja asing
– Kawasan Perumahan yang didiami oleh majoriti orang melayu termasuk perumahan elite.
– Laluan utama orang ulang-alik pergi kerja
– Belum ada lagi mana-mana Pasar Malam di kawasan ini.
2) CADANGAN SETIAP HARI KHAMIS | AKAN DIBUKA PADA 20HB JUN 2019
–> TAPAK PASAR MALAM TAMAN PINJI MEWAH. (LOT PARKIR BERHAMPIRAN JALAN PERSIARAN ZARIB 3, TAMAN PINJI MEWAH)

Lokasi Taman Pinji Mewah dipilih kerana kawasan yang sangat strategik berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dibuat seperti berikut;
– Terdapat pekerja asing yang ramai kerana ada lot-lot perindustrian/kilang berhampiran
– Berhampiran dengan asrama pekerja asing
– Kawasan Perumahan yang didiami oleh majoriti orang melayu termasuk perumahan RPT.
– Laluan utama ibubapa mengambil anak-anak balik sekolah kerana terdapat 2 buah sekolah di dalam kawasan Taman Pinji Mewah
– Berhampiran dengan Kuarters TUDM yang didiami oleh Kakitangan TUDM (Kakitangan Kerajaan)
Sehubungan dengan itu, PUBI Perak dengan sukacitanya membuka permohonan tapak pasar malam ini kepada semua yang berminat untuk berniaga di tapak-tapak pasar malam anjuran PUBI Perak ini.
Borang permohonan kini diedarkan SECARA PERCUMA!
Sila ambil borang permohonan di Pejabat Urusan PUBI Perak di alamat seperti di bawah ini:
PEJABAT URUSAN PUBI PERAK & KOPUBI PERAK BHD.
No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh Perak mulai hari Selasa 21hb Mei 2019 dari jam 9pg – 5ptg.
*Sila hubungi 05-322 3924 untuk temujanji.
NOTA: Jumaat, Sabtu & Ahad Pejabat TIDAK DIBUKA
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 31HB MEI 2019!
Semoga dengan pembukaan tapak pasar malam ini akan memberi impak terhadap ekonomi setempat di Bandaraya Ipoh ini.
Insyallah..
Syarat umum permohonan tapak pasar malam PUBI Perak:
- Setiap borang hendaklah dihantar ke Pejabat PUBI mulai 20/05/2019.
- Bayaran RM50 dikenakan untuk setiap permohonan yang mana akan dipulangan semula sekiranya pemohon menarik diri atau PUBI Perak menolak permohonan tersebut.
- Permohonan yang berjaya akan dikenakan bayaran yuran masuk dan yuran pengurusan sebanyak RM200 dan tambahan RM50 untuk setiap Pasar Malam yang dipohon. (Hangus)
- Deposit 1 Tapak adalah RM100 untuk setiap tapak yang dipohon di setiap tapak pasar malam dan bayaran RM3.00 untuk setiap tapak dikenakan setiap kali berniaga di pasar malam tersebut.
- Sila hantar permohonan anda ini SEBELUM 31hb MEI 2019 ke alamat;
Pejabat Urusan PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd, No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh Perak. No. Tel: 05-322 3924.
Nota: Lampiran penuh peraturan dan syarat-syarat akan diedarkan kepada mereka yang berjaya nanti.
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami melalui link ini →
KOMEN TERKINI