DAFTAR SEGERA KURSUS USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!
PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.
PUBI Perak di bawah Jawatankuasa Pembangunan Wanita akan menganjurkan sebuah Taklimat khas untuk pengusaha/usahawan/peniaga makanan di seluruh Negeri Perak anjuran PUBI Perak.
Jangan lepaskan peluang untuk sertai taklimat yang dianjurkan ini kerana ilmu yang sangat berguna untuk diaplikasikan di dalam perniagaan masing-masing terutamanya kepada mereka yang terlibat di dalam industri pemakanan.
Taklimat ini akan meliputi:
- Konsep Pemprosesan Makanan, Pengawetan & Pembungkusan.
- Pengetahuan berkaitan Teknologi Pembungkusan Bagi Produk Makanan yang ada di pasaran.
- Pemahaman berkaitan Garis Panduan Pelabelan, Fakta Pemakanan & Nutrisi.
Selain itu perlbagai tips-tips berkaitan pemprosesan makanan, pengawetan & pembungkusan makanan juga akan dikongsikan kepada peserta yang hadir pada taklimat tersebut.
Butiran lanjut berkenaan tentang taklimat ini adalah seperti berikut:
Tarikh : 27hb Julai 2019
Masa : 2.00 ptg – 5.00 ptg
Tempat : Institut Latihan Pegawai Awam Perak (ILPA)
76, Jalan Raja Dihilir, Taman Canning, 30350 Ipoh, Negeri Perak
Bayaran : RM50 termasuk minum petang dan sijil.
*Taklimat ini terhad kepada 30 orang peserta terawal sahaja.
Klik pada peta di atas untuk mengetahui lokasi program
JOM DAFTAR SEGERA KURSUS USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!
Modul taklimat disediakan & dikendalikan oleh Syarikat KBIO Corporation sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah.
Moh kita DAFTAR SEKARANG sebelum terlambat!!!
TARIKH TUTUP BAYARAN ADA PADA 22HB JULAI 2019
Semoga dengan penganjuran bengkel ini akan membantu usahawan menambah ilmu keusahawanan masing-masing disamping akan dapat memajukan serta meningkatkan jualan perniagaan masing-masing.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan sentiasa melaksanakan usaha-usaha murni bagi mencapai matlamat penubuhannya demi menjayakan objektif penubuhan persatuan yang jitu dan dinamik.
Insyallah..
KOMEN TERKINI