SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 2019

Seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak & Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua penganut Agama Hindu di Negara ini.

Selamat bercuti dan semoga berbahagia selalu bersama keluarga tercinta, berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang. Semoga selamat sampai ke destinasi yang hendak ditujui.. Insyallah..

Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd


FB PUBI PERAK KINI MENCECAH LEBIH 12,000 LIKES

BERKAT USAHA GIGIH DAN SOKONGAN PADU

Hari ini dalam sejarah, FB Page Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah mempunyai lebih 12,000 likes dan followers. Terima kasih di atas sokongan dan perhatian anda semua.

Bermula dari 0 likes kira-kira 3 tahun yang lalu kini sudah berada pada tahap yang boleh dibanggakan. Tahniah kepada AJK PUBI Perak yang berusaha gigih untuk mempromosi FB Page ini kepada semua warga Netizen khususnya di Bandaya Ipoh.

Semoga PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak paling aktif di Bandaraya Ipoh terus maju dan mengorak langkah dengan lebih bergaya pada masa hadapan.

Insyallah..


MAJLIS IFTAR DAN PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA PUBI PERAK 2019

BERSEMPENA DENGAN BULAN RAMADHAN YANG SANGAT MULIA INI PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK MENERUSI PROGRAM TUNAS HARAPAN 2019 TELAH MEMBANTU SEBUAH PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN DI KAMPUNG MANJOI, IPOH PERAK.

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Iftar dan Sumbangan Hari Hari Raya Aidil Fitri anjuran PUBI Perak bersama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Ar-Ridwani Ipoh Perak.

Majlis tersebut telah berlangsung pada 12hb Mei Mei 2019 yang lalu bertempat di Symphony Suite Hotel, ipoh Perak.

Baca Lanjut

PEMBUKAAN BAZAAR RAMADHAN PUBI PERAK

ALHAMDULILLAH! BAZAAR RAMADHAN LAPANGAN JAYA ANJURAN PUBI PERAK KINI TELAH BEROPERASI SECARA RASMINYA!

Saat yang ditunggu telah tiba! Bazaar Ramadhan yang dirancang oleh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak kini secara rasmi telah beroperasi di Lapangan Jaya iaitu di sepanjang Jalan Lapangan 11 (berhampiran Restoran Bunga Jasmin) pada 6hb Mei 2019 yang lalu bersempena dengan bulan ramadhan telah menjelma.

Baca Lanjut