fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

MAJLIS IFTAR DAN PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA PUBI PERAK 2019

BERSEMPENA DENGAN BULAN RAMADHAN YANG SANGAT MULIA INI PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK MENERUSI PROGRAM TUNAS HARAPAN 2019 TELAH MEMBANTU SEBUAH PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN DI KAMPUNG MANJOI, IPOH PERAK.

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Iftar dan Sumbangan Hari Hari Raya Aidil Fitri anjuran PUBI Perak bersama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Ar-Ridwani Ipoh Perak.

Majlis tersebut telah berlangsung pada 12hb Mei Mei 2019 yang lalu bertempat di Symphony Suite Hotel, ipoh Perak.

PUBI Perak juga melalui JK Kebajikan dan Kerohanian telah menjalan misi untuk mengutip sumbangan dana bagi menjayakan Majlis ini sejak 20hb April 2019 yang lalu.


Sebahagian Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang hadir pada Majlis Iftar dan Sumbangan Hari Raya PUBI Perak 2019

Alhamdulillah, hasil daripada usaha tersebut, dana melebihi RM5,000.00 telah berjaya dikumpulkan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuklah daripada ahli berdaftar PUBI Perak itu sendiri yang menjadi penyumbang yang terbesar sekali.

Majlis tahun ini juga sangat istimewa kerana mendapat tajaan khas sebanyak RM3,000 daripada Jenama Tudung Ekslusif iaitu Arsha Trendy yang dimiliki oleh Pn. Safiah Binti Hussin yang merupakan Ahli Berdaftar PUBI Perak.

Selain daripada itu, Majlis ini juga mendapat tajaan pengangkutan daripada Syarikat Inteam Symbol Trading (IST) yang akan menyediakan perhidmatan bas bagi membawa seramai hampir 30 orang anak-anak yatim dan miskin dari Pertubuhan Kebajikan Ar-Ridwani Manjoi, Ipoh Perak ke lokasi Majlis iaitu di Symphony Suite Hotel, ipoh Perak.


Ahli Jawatankuasa PUBI Perak bergambar bersama Anak Yatim dan Miskin dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Ar-Ridwani Ipoh Perak

Hasil daripada kutipan ini sebahagiannya akan diserahkan kepada Pihak Pengurusan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Ar-Ridwani Ipoh bagi menampung keperluan dan bantuan yang sangat perlu diambil tindakan segera iaitu;

1. Perbelanjaan pengurusan serta fasiliti Rumah Kebajikan.
2. Kos perbelanjaan tambahan penghuni yang mengikuti kelas agama serta kelas (tuisyen) tambahan setiap hari.
3. Perbelanjaan harian seperti makan dan minum serta duit belanja ke sekolah.

PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang paling aktif di Bandaraya Ipoh juga menjemput Ibu-ibu tunggal dikalangan Ahli Berdaftar PUBI Perak serta anak-anak mereka untuk menyertai Majlis Iftar ini.

Disamping itu, PUBI Perak ada menjemput waris keluarga mangsa kebakaran di Puncak Jelapang yang telah mengorbankan 6 nyawa pada 11hb Disember 2018 yang lalu.


Ahli Jawatankuasa PUBI Perak bergambar bersama Ahli Keluarga Mangsa Kebakaran di Puncak Jelapang Ipoh Perak yang telah mengorbankan 5 nyawa.

Syukur kepadaNya kerana masih diberikan kesempatan dan peluang untuk menjayakan Majlis yang penuh dengan keberkatan ini.

Untuk makluman semua juga, Majlis yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan beberapa kategori penerima sumbangan.

1. Sumbangan Tunai kepada Pihak Pengurusan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim & Miskin Ar-Ridwani Ipoh Perak.

2. Sumbangan Duit Raya kepada;
– Anak2 Yatim & Miskin Rumah Kebajikan Ar-Ridwani
– Anak2 Yatim Ahli Berdaftar PUBI Perak
– Anak2 keluarga Waris Kebakaran di Puncak Jelapang

3. Kita juga menaja pakej berbuka puasa VIP kepada;
– Semua Anak yatim & Miskin termasuk Warden/Pihak Pengurusan
– Ibu2 tunggal Ahli Berdaftar PUBI Perak dan anak2 mereka
– Keluarga2 Waris Kebakaran di Puncak Jelapang.

Untuk makluman semua juga, jumlah kehadiran pada hari ini adalah seramai 85 orang menjadikan ini adalah sebuah program amal yang terbesar dalam sejarah penubuhan PUBI Perak selama ini, di mana ianya melibatkan penyertaan yang ramai serta melibatkan banyak pihak.


En. Sharul selaku Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) menyampaikan ucapan pembukaan.

Alhamdulillah, para tetamu yang hadir sempat menunaikan solat Isyak serta Taraweh berjemaah bersama dengan anak-anak yatim ini.

Hadir pada Majlis ini adalah En. Sharul selaku Pengerusi PUBI Perak, En. Nor Adzman Nali selaku Timbalan Pengerusi dan juga En. Mohd Fhami selaku Naib Pengerusi PUBI Perak. serta barisan Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang lain.

Tidak ketinggalan turut hadir pada Majlis ini adalah Pn. Zuraida Binti Abd Hamid selaku Pengarah OUM Perak dan Pn. Fazira binti Mohd Fadzil selaku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Inteam Symbol Trading (IST) dan pasangan beliau iaitu En. Mohd Hafiz bin Zakaria.


Video Rasmi Majlis Iftar dan sumbangan Hari Raya PUBI Perak 2019


Terima kasih semua para penyumbang dana, terima kasih semua yang menaja. Terima kasih semua kepada yang terlibat di dalam penganjuran Majlis ini.

Semoga usaha ini mendapat keberkataan dariNya di bulan yang sangat mulia ini.

Semoga PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang paling aktif di Bandaraya Ipoh akan terus melaksanakan usaha murni untuk membantu Masyarakat disamping membantu usahawan dan bakal usahawan untuk terus berjaya di dalam perniagaan.

Insyallah..

Klik untuk melihat koleksi photo Rasmi Majlis Iftar dan sumbangan Hari Raya PUBI Perak 2019 —>


BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 011-65683924.
All images are copyrighted to their respective owners.