PROGRAM JARINGAN PRIHATIN: TEBUS RM300 PERANTI, RM180 DATA BULANAN

INFO: PROGRAM JARINGAN PRIHATIN – TEBUS RM300 PERANTI, RM180 DATA BULANAN

Menerusi Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan Program Jaringan Prihatin dengan peruntukan asal sebanyak RM1.5 bilion kepada individu dalam kategori B40 yang memperoleh Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Namun menerusi pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), kerajaan telah menambah peruntukan sebanyak RM500 juta lagi yang menjadikan peruntukan Program Jaringan Prihatin sebanyak RM2 bilion.

Di samping itu, syarikat- syarikat telekomunikasi menawarkan faedah tambahan terutamanya data tambahan percuma bernilai RM1.5 bilion yang menjadikan faedah keseluruhan program ini berjumlah RM3.5 bilion kepada penerima-penerima BPR.

Baca Lanjut