IBU TERLANTAR SAKIT SAKSI ANAK PEREMPUAN DIBUNUH PENYAMUN

LOKASI kejadian pembunuhan dan (gambar kecil) Siti Nur Surya yang ditemui maut dibunuh penjenayah. | Gambar Metro

TRAGEDI: IBU TERLANTAR SAKIT SAKSI ANAK PEREMPUAN DIBUNUH PENYAMUN

Hulu Terengganu: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa, Siti Nur Surya Ismail ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Abang mangsa, Mohd Zaid Azroi, 28, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi Syuhada ketika dia sedang bekerja di Kampung Bukit Payong.

Baca Lanjut