IBU TERLANTAR SAKIT SAKSI ANAK PEREMPUAN DIBUNUH PENYAMUN

LOKASI kejadian pembunuhan dan (gambar kecil) Siti Nur Surya yang ditemui maut dibunuh penjenayah. | Gambar Metro

TRAGEDI: IBU TERLANTAR SAKIT SAKSI ANAK PEREMPUAN DIBUNUH PENYAMUN

Hulu Terengganu: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa, Siti Nur Surya Ismail ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Abang mangsa, Mohd Zaid Azroi, 28, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi Syuhada ketika dia sedang bekerja di Kampung Bukit Payong.

Baca Lanjut

WARGA ASING BURUKKAN IMEJ MALAYSIA AKAN DIUSIR SERTA MERTA – IMIGRESEN

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud | Gambar Malaysiakini

TERKINI: WARGA ASING BURUKKAN IMEJ MALAYSIA AKAN DIUSIR SERTA MERTA – IMIGRESEN

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi amaran keras akan membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan kepada warga asing sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan tujuan memburukkan imej negara.

Justeru, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, meminta pemegang pas jangka panjang seperti pas penggajian, lawatan kerja sementara dan pas residen supaya berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Mereka berdepan risiko pembatalan pas dan akan diminta meninggalkan negara ini serta-merta, jika kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan imej Malaysia,” katanya kepada Bernama hari ini.

Baca Lanjut

‘LAPORAN AL JAZEERA CEMARKAN IMEJ NEGARA’

COVID-19: ‘LAPORAN AL JAZEERA CEMARKAN IMEJ NEGARA’

SHAH ALAM – Laporan berita antarabangsa Al Jazeera berhubung dakwaan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika negara mengendalikan pandemik koronavirus (Covid-19) mencemarkan imej negara dan memburukan nama ‘frontliners’.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, mereka sepatutnya membantu negara menangani pandemik Covid-19 ini daripada terus ditularkan namun sebaliknya melalui video itu banyak fakta terpesong.

“Mereka perlu faham tugas KKM memastikan keselamatan nyawa rakyat bukan warganegara yang berada di Malaysia. Sebab itu kita perlu asingkan mereka jika tempat itu ada wabak.

Baca Lanjut