PERMOHONAN MORATORIUM BERSASAR & FLEKSIBILITI PEMBAYARAN BALIK

PERMOHONAN MORATORIUM BERSASAR & FLEKSIBILITI PEMBAYARAN BALIK

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan maklumat lanjut mengenai moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik kepada pihak bank bagi individu dan peminjam lain termasuk Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

Ini selaras dengan pengumuman yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Julai yang lalu yang menyatakan kerajaan bersetuju untuk melanjutkan moratorium dan bank bersasar kepada individu dan peminjam lain yang layak.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan moratorium selama 6 bulan bermula April bagi meringankan beban orang ramai akibat penularan wabak COVID-19.

Baca Lanjut

CARA DAFTAR eWALLET & PENEBUSAN KREDIT TAMBAHAN ePENJANA RM50

INFO: CARA DAFTAR eWALLET & PENEBUSAN KREDIT TAMBAHAN ePENJANA RM50

Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat yang kini dikenali sebagai ePenjana. Melalui program ini, setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan RM100,000 ke bawah setahun layak menerima RM50 kredit dompet digital atau eWallet.

Melalui Pelan Pemulihan Semula Ekonomi Negara, kerajaan telah memperkenalkan ePenjana yang menyediakan insentif tambahan sebanyak RM50 yang akan dikreditkan ke akaun eWallet anda bermula akhir bulan Julai.

Sebanyak RM750 juta diperuntukkan bagi perlaksanaan ePenjana yang dijangka memanfaatkan kira-kira 15 juta rakyat.

Baca Lanjut

KEMPEN E-DAGANG PERUSAHAAN MIKRO DAN PKS PENJANA

INFO: KEMPEN E-DAGANG PERUSAHAAN MIKRO DAN PKS PENJANA

30,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) yang baharu kepada e-dagang masing-masing akan menerima manfaat berjumlah lebih daripada RM1,500, sebagai sebahagian daripada komitmen Shopee dalam Kempen E-dagang Perusahaan Mikro dan PKS PENJANA yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) baru-baru ini.

Inisiatif ini, yang merupakan sebahagian daripada komponen ‘Propel Businesses’ dalam pelan pemulihan ekonomi jangka pendek PENJANA, dijangka dapat merancakkan ekonomi dengan mempercepatkan digitalisasi di kalangan perniagaan tempatan serta memberi galakan kepada penjual yang baharu kepada e-dagang.

Pada bulan April dan Mei, Shopee dengan sukarela menyuntik RM15 juta ke dalam ekonomi Malaysia melalui Pakej Bantuan Peniaga Shopee demi membantu penjual baharu dan sedia ada untuk mengatasi kesan wabak Covid-19, yang mengakibatkan kehilangan pendapatan terutama semasa tempoh perintah kawalan pergerakan.

Baca Lanjut

PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN BANDAR 2020 (PENJANA)

INFO: PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN BANDAR 2020 (PENJANA)

Menerusi inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun yang lalu, kerajaan telah mewujudkan satu projek untuk penduduk bandar dan pinggir bandar iaitu Projek Pertanian Bandar.

Matlamat projek ini diwujudkan adalah untuk membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk bandar dan pinggir bandar yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Selain itu, projek pertanian bandar ini juga bertujuan untuk mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi dalam kalangan komuniti bandar serta membantu dan menjamin keselamatan makanan negara.

Baca Lanjut