396 PENUMPANG AIRASIA KL-TAWAU DIMINTA TAMPIL SEGERA, 6 SUDAH DIJANGKITI COVID-19

Sehingga tengah hari Rabu pihaknya telah menjalankan ujian saringan kesihatan kepada 31 orang awam dan 8 pelajar universiti yang tampil. – Foto Astro AWANI

TERKINI: 396 PENUMPANG AIRASIA KL-TAWAU DIMINTA TAMPIL SEGERA, 6 SUDAH DIJANGKITI COVID-19

TAWAU: Seramai 396 penumpang pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau melalui dua penerbangan berasingan diminta tampil untuk menjalani saringan kesihatan kedua dengan segera. 

Pegawai kesihatan Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) kawasan Tawau, Dr. Suzalinna Sulaiman berkata, ini kerana daripada kesemua penumpang kedua-dua penerbangan berasingan itu, enam daripadanya didapati positif COVID-19. 

“Bagi penerbangan Air Asia AK5742 pada 1hb Mei 2020 ada 156 orang penumpang semuanya dan empat didapati positif dan selebihnya 152 kita minta tampil untuk menjalani saringan kesihatan yang kedua termasuk 8 pelajar dan 144 orang awam. Mereka semua ini ada di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu,” katanya di sini hari ini. Bagi penerbangan kedua pula pada 4hb Mei 2020 melalui pesawat Air Asia AK5740 yang membawa 246 penumpang, dua daripadanya turut didapati positif COVID-19. 

Baca Lanjut

PKPB: ZIARAH PERAYAAN HANYA DIBENARKAN UNTUK HARI PERTAMA RAYA SAHAJA

PKPB: ZIARAH PERAYAAN HANYA DIBENARKAN UNTUK HARI PERTAMA RAYA SAHAJA

HANYA 20 individu sehari dibenarkan untuk menziarah pada perayaan hari pertama Aidilftri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam memutuskan bahawa aktiviti ziarah dihadkan bagi perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan juga perlu dipatuhi sepenuhnya.

Baca Lanjut

SULTAN PERAK SEBAK, ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA ‘FRONTLINERS’

Sultan Nazrin berdiri bersama-sama warga Dewan Negeri Perak memberikan tepukan penghargaan kepada petugas barisan hadapan ketika Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak ke-14 di Dewan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

TERKINI – SULTAN PERAK SEBAK, ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA ‘FRONTLINERS’

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan penghargaan dalam keadaan sebak buat semua petugas barisan hadapan khusus barisan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertungkus lumus memastikan penularan pandemik Covid-19 dikawal.

Baginda bertitah, walaupun prasarana perubatan sektor awam negara dan peralatan yang mampu dibekalkan sangat terbatas, KKM membuktikan mereka mempunyai barisan petugas yang berpengetahuan, berpengalaman dan amat berdedikasi serta komited menyempurnakan amanah.

Jelas baginda, kakitangan KKM membuktikan kepada rakyat bahawa mereka merupakan aset amat berharga kepada negara dan bangsa.

Baca Lanjut

COVID-19: HANYA 16 KES POSITIF BAHARU HARI INI, PALING RENDAH SEJAK PELAKSANAAN PKP

COVID-19: HANYA 16 KES POSITIF BAHARU HARI INI, PALING RENDAH SEJAK PELAKSANAAN PKP

Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 12 Mei 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 16 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 6,742.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.

Baca Lanjut