MERAFAK SEMBAH TAKZIAH

Merafak Sembah Takziah Kepada KDYMM Sultan Pahang, Kerabat DiRaja Pahang Dan Seluruh Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur Diatas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah

Al Fatihah

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم 
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Semoga Allah Mencucuri Rahmat Keatas Roh Almarhum

Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd


SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN 1440H

PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BHD MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN 1440H

Selamat menyambut Nuzul al-Quran buat umat Islam di Malaysia. Nuzul al-Quran suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Semoga kita diberikan kekuatan untuk menghayatinya.

Insyallah..

Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd


TERKINI | PERMOHONAN TAPAK BERNIAGA PASAR MALAM PUBI PERAK KINI DIBUKA

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK PALING AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA UNTUK MEMBANTU USAHAWAN KECIL DAN BESAR DENGAN PEMBUKAAN TAPAK PASAR MALAM YANG BAHARU

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan termasukkan membuka tapak perniagaan seperti pasar malam.

Hendak berniaga? Tapi susah nak dapat tapak..? Jangan bimbang kerana pubi perak akan membuka dua lagi tapak pasar malam yang baharu di dalam masa terdekat ini!

Baca Lanjut

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK

PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BHD MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK.

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Buddha, Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd. ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak!

Didoakan agar sambutan penuh dengan keceriaan dan kebahagian. Kepelbagaian yang wujud ini adalah kekuatan kita.

Malaysia Baharu adalah mengenai kita bersama dan ayuh kita menolak semua bentuk ekstremis agama dan perkauman yang menganggu gugat nikmat keamanan bersama.

Insyallah..

Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd