MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN PUBI PERAK KALI KE-6

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 21 Jun 2025 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Dwitahunan Kali Ke-6 bertempat di Dewan Kompleks Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat), Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat, Perak.

Baca Lanjut

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MAT KOPUBI PERAK BHD KALI KE-7

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI) terus memacu langkah tersusun dalam usaha memantapkan pengurusan dan pelaksanaan agenda tahunan koperasi apabila Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) KOPUBI Kali Ke-7 berjaya dilangsungkan pada 19 Jun 2025 bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd, Station 18, Ipoh, Perak.

Mesyuarat penting ini telah dipengerusikan oleh Encik Sharul Baha bin Abd Rahman selaku Pengerusi Koperasi, bersama barisan kepimpinan utama koperasi iaitu Timbalan Pengerusi, Encik Safuan bin Othman; Setiausaha, Encik Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan; Bendahari, Encik Mohamad Firdaus bin Mansor; serta Penolong Setiausaha, Puan Zuraida binti Zulkepli.

Turut hadir adalah Ahli Lembaga dan barisan Jawatankuasa Kerja MAT kali ini yang komited menjayakan agenda koperasi.

Baca Lanjut