NORMAL BAHARU: TIDAK PERLU KURSUS PRAPERKAHWINAN, HANYA TEMU DUGA RINGKAS DI KEDAH

Pasangan yang bernikah di Pejabat Agama Daerah Kota Setar ketika tempoh PKP dan PKPB. Gambar fail

NORMAL BAHARU: TIDAK PERLU KURSUS PRAPERKAHWINAN, HANYA TEMU DUGA RINGKAS DI KEDAH

ALOR SETAR: Pasangan pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga di Kedah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak perlu lagi mengikuti kursus praperkahwinan sebaliknya hanya dikehendaki menghadiri temu duga ringkas.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata temu duga ringkas selama kira-kira 15 minit itu dijalankan oleh pegawai pejabat agama daerah dan pasangan tidak dikenakan sebarang bayaran.

“Kelonggaran yang diberikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) itu mampu menjadi alternatif terbaik menyelesaikan masalah pasangan yang mahu berkahwin disebabkan kursus praperkahwinan tidak dapat diadakan buat masa ini.

Baca Lanjut