PERJUMPAAN BERSAMA PERSATUAN INDIA BERSATU SIMEE

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 5hb September 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. telah mengadakan pertemuan dengan AJK Persatuan India Bersatu Simee di Pejabat Urusan Persatuan tersebut yang terletak di No. 345, Lebuh 5, Simee, Ipoh Perak.

Mewakili pihak KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi En Sharul Rahman dan juga Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd iaitu Saudara Mohammad Nafis, Pn Aini Suryana selaku Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd dan juga Ahli Jawatankuasa PUBI Perak iaitu Saudara Aiman Ghazali manakala pihak Persatuan India Bersatu Simee telah diketuai oleh Pengerusi Persatuan, En. S.Muthusamy serta barisan Ahli Jawatankuasa beliau.

Turut hadir ke Perjumpaan ini adalah wakil daripada Team MyAngkasa Amanah Bhd iaitu Pn Salwa Taib.

Baca Lanjut

KURSUS LATIHAN PRODUK MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 4hb – 5hb September yang lalu, Team MyAngkasa Amanah KOPUBI Perak Bhd telah menyertai sebuah sesi Kursus yang dijalankan oleh ANGKASA Negeri Perak iaitu Kursus Latihan Produk yang mana telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pusat Seminar & Latihan KAKIB, Ipoh, Perak.

Alahmdulillah, seramai 10 orang wakil daripada KOPUBI Perak Bhd telah menyertai kursus ini dan telah dihidangkan dengan ilmu pengetahuan yang mampan berkaitan Pengurusan Harta Pusaka dan juga Wasiat.

Turut menghadiri kursus ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En.Sharul Rahman dan Ahli Lembaga KOPUBI iaitu Saudara Mohammad Nafis bin Zamah Sari.

Baca Lanjut

PENDAFTARAN PELANGGAN MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 01hb September 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hub Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka di mana salah seorang wakil pemasaran KOPUBI Perak Bhd telah menganjurkan sebuah sesi taklimat serta pendaftaran seorang pelanggan yang melanggan perkhidmatan KOPUBI Perak Bhd.

Sesi taklimat dan tandatangan ini telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Station 18, Ipoh Perak.

Melalui sesi ini, pelanggan tersebut telah diberi penerangan tentang kepentingan penulisan wasiat semasa hayat dan manfaat yang bakal diperolehi oleh waris yang ditinggalkan sekira berlakunya kematian kelak.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 29hb Ogos 2024 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Perjumpaan Bersama Team MyANGKASA Amanah Bhd anjuran KOPUBI Perak Bhd bertempat di Business Center Bangunan PTTC Meru, Ipoh Perak.

Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan aktiviti Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka yang ditawarkan oleh KOPUBI Perak Bhd kepada Anggota dan juga Masyarakat Umum.

Alhamdulillah kerana KOPUBI Perak Bhd pada Jun 2024 yang lalu telah dilantik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.

Baca Lanjut