KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 4hb – 5hb September yang lalu, Team MyAngkasa Amanah KOPUBI Perak Bhd telah menyertai sebuah sesi Kursus yang dijalankan oleh ANGKASA Negeri Perak iaitu Kursus Latihan Produk yang mana telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pusat Seminar & Latihan KAKIB, Ipoh, Perak.

Alahmdulillah, seramai 10 orang wakil daripada KOPUBI Perak Bhd telah menyertai kursus ini dan telah dihidangkan dengan ilmu pengetahuan yang mampan berkaitan Pengurusan Harta Pusaka dan juga Wasiat.

Turut menghadiri kursus ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En.Sharul Rahman dan Ahli Lembaga KOPUBI iaitu Saudara Mohammad Nafis bin Zamah Sari.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Pendaftaran Pelanggan MyAngkasa Amanah Bhd.

Objektif kursus ini diadakan untuk memberi maklumat lengkap berkaitan dengan produk Myangkasa Amanah Bhd, antaranya Mywasiat, Myhibah, Mypusaka dan MyAmanah dan teknik pemasaran yang sesuai untuk pelaksanaan.

Wakil dari Myangkasa Amanah Bhd iaitu Tuan Haji Zulkifli Ismail selaku Ketua Pegawai Perniagaan Myangkasa Amanah Bhd telah hadir bagi mengendalikan kursus sepanjang 2 hari ini.

Untuk makluman, Seramai 24 orang dari 7 buah koperasi hadir dalam kursus ini, antaranya termasuklah Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd, Koperasi Pengguna Islam Taiping Bhd dan Koperasi Kakitangan Bangunan Persekutuan Ipoh Bhd.

Perasmian penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Tuan Haji Mohamed Shafie Abd Karim, Pengerusi JPAN Perak.

Alhamdulillah dengan izinNya pada Jun 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah dilantik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.

Melalui pelantikan ini, KOPUBI Perak Bhd boleh memberi perkhidmatan serta memasarkan semua produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyAngkasa Amanah Bhd pada kadar yang diselaraskan kepada semua pelanggan.

Perasmian penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Tuan Haji Mohamed Shafie Abd Karim, Pengerusi JPAN Perak.

Dengan ini KOPUBI Perak Bhd secara tidak langsung akan menjadi sebuah hub penyedia perkhidmatan ini dan bakal menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta berdaya maju.

Semoga dengan adanya perkhidmatan tambahan ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.

Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah.. 

#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia

Leave a Reply