DARI KEDAI KECIL KE BURSA MALAYSIA, INI KISAH PERMULAAN MR DIY YANG RAMAI TIDAK TAHU

MR DIY merupakan kedai yang menjadi pilihan ramai berikutan pelbagai barangan rumah, alatan sekolah, permainan serta aksesori kereta boleh didapati dalam satu kedai.

Tidak hanya itu, harganya yang berpatutan dan berkualiti membuatkan ramai orang ‘tewas’ apabila masuk ke dalam kedai. Untuk pengetahuan anda, MR DIY bermula dengan hanya menjual barangan perkakasan rumah pada tahun 2005 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Pada ketika itu, MR DIY hanya menjual perkakasan rumah seperti kedai-kedai biasa lalu mula berkembang pada tahun 2010 apabila membuat keputusan membuka cawangan dalam pusat beli-belah.

Baca Lanjut

BERMULA DARI BELAKANG RUMAH HINGGA MILIKI 3 BUAH KILANG, LELAKI INI KONGSI SUKA DUKA BINA EMPAYAR SUGARBOMB

Gambar : The Vocket

KISAH KEJAYAAN: BERMULA DARI BELAKANG RUMAH HINGGA MILIKI 3 BUAH KILANG, LELAKI INI KONGSI SUKA DUKA BINA EMPAYAR SUGARBOMB

Setiap orang memiliki perjalanan hidup mereka sendiri dan pastinya kejayaan tidak datang bergolek tanpa berusaha. Pernah atau tidak, anda tahu akan kewujudan minyak wangi jenama SugarBomb?

Untuk pengetahuan anda, SugarBomb merupakan antara jenama minyak wangi tempatan yang berjaya mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia. Bukan sahaja wangi tetapi harganya yang mampu milik membuatkan ia dicari ramai.

Tahukah anda siapa pengasas SugarBomb? Terbaharu, Azhari Rosli iaitu pengasas SugarBomb telah berkongsi kisahnya membina empayar SugarBomb sehingga sekarang.

Baca Lanjut

RAHSIA WANITA BERPURDAH INI JADI JUTAWAN PADA UMUR 23 TAHUN

KISAH KEJAYAAN – RAHSIA WANITA BERPURDAH INI JADI JUTAWAN PADA UMUR 23 TAHUN

Banyak orang di luar sana yang ingin berniaga tetapi ada yang belum bermula dan hanya berdiam diri. Apabila melihat billboard di tepi jalanraya, mendengar iklan di radio dan menonton kisah mereka yang berjaya di kaca televisyten, ramai yang cemburu akan kejayaan tersebut.

Jom kita tengok rahsia wanita yang baru berumur 23 ini yang telah pun bergelar seorang jutawan.

Baca Lanjut

KENALI JENAMA BRAHIM’S YANG DAHULUNYA PEMBEKAL PEK MAKANAN TENTERA

KISAH KEJAYAAN – KENALI JENAMA BRAHIM’S YANG DAHULUNYA PEMBEKAL PEK MAKANAN TENTERA

Anda pasti pernah mendengar tentang jenama Brahim’s bukan? Produk ini sangat terkenal di kalangan penuntut Malaysia yang berada di luar negara. Ia menjadi pengubat rindu mereka yang berada diperantauan untuk merasai keenakan makanan tradisional negara ini.

Tahukah anda? Pada awalnya, syarikat ini hanya mengeluarkan makanan pek untuk pihak tentera! Menarik bukan? Mari kita kenali serba sedikit tentang jenama ini.

Pengasas kepada jenama Brahim’s ini dilahirkan di Pulau Pinang dengan nama Ibrahim Haji Ahmad Badawi. Beliau juga merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 itu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains dari Louisiana State University. Amerika. Beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah dalam bidang teknologi pembuatan makanan di sebuah universiti.

Baca Lanjut