
COVID-19: PUSAT TRANSIT GELANDANGAN DI BANDAR RAYA IPOH
IPOH, 19 April — Kerajaan negeri Perak membuka Pusat Transit Gelandangan kedua di Perak iaitu di Arena Badminton Perak di sini, sebagai langkah untuk memberi perlindungan kepada golongan kurang bernasib baik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Exco Kebajikan Masyarakat, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin, berkata langkah mewujudkan pusat itu yang mempunyai kapasiti 77 penghuni dengan menggunakan konsep kubikel dan boleh boleh ditambah dari semasa ke semasa juga adalah bagi mengelak golongan itu menjadi kluster terbaharu wabak COVID-19.
Beliau berkata 49 gelandangan terdiri daripada 46 lelaki serta tiga wanita berusia antara 21 dan 78 tahun sekitar Ipoh dibawa ke pusat itu sejak petang semalam dan setiap seorang diberikan satu kubikel, manakala yang berkeluarga disediakan satu kubikel untuk dua orang.
Baca Lanjut →





KOMEN TERKINI