PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS

INFO – PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS

Berikut maklumat tambahan Program Subsidi Upah PERKESO yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi melalui Pakej Prihatin PKS.

Program ini diperkenalkan sebagai langkah Kerajaan membantu majikan mengekalkan pekerja sepanjang tempoh PKP.

Sebelum ini, Kerajaan hanya mempertuntukkan RM600 bagi setiap pekerja, namun hari ini subsidi upah dinaikkan kepada RM1,200 (bergantung kepada bilangan pekerja sesebuah syarikat).

Baca Lanjut

COVID-19: BANTUAN KHAS ‘BAKUL MAKANAN’

COVID-19: BANTUAN KHAS ‘BAKUL MAKANAN’ OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT JKMHQ DI BAWAH TABUNG BANTUAN COVID-19 NADMA

Bantuan khas bekalan makanan ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang hilang pendapatan dan memerlukan bantuan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Info Rasmi daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Baca Lanjut

COVID-19: KELUARGA ‘TIKTOK’ KINI SEMBUH

COVID-19: KELUARGA ‘TIKTOK’ KINI SEMBUH

KUALA LUMPUR, 5 April — Keluarga Doktor Pakar dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan, Perak, Dr Samsu Ambia Ismail yang sebelum ini positif COVID-19, kini disahkan telah sembuh.

Berita gembira itu dikongsikan anak sulung keluarga itu, Erika Syamim Samsu Ambia, 17, di laman Twitter malam ini.

Dalam satu kiriman, beliau berkongsi sekeping foto mereka sekeluarga dengan kapsyen “Finally COVID free!!”

Baca Lanjut

LIMA YATIM PIATU, IBU KOMA DUA BULAN MENINGGAL DUNIA

KISAH KEHIDUPAN – LIMA YATIM PIATU, IBU KOMA DUA BULAN MENINGGAL DUNIA

BUTTERWORTH: “Jika Mama dan Papa tiada nanti, kakak yang bertanggungjawab jaga adik-adik, pastikan semua kena pergi sekolah dan jangan ponteng,” demikian pesanan yang sering dititipkan Zuriana Hasan, kepada anak sulungnya, Nur Afni Nirwani Khairizul, 16.

Zuriana, 35, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1 pagi tadi selepas dua bulan dia bertarung nyawa selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama suaminya, Khairizul Mohamad Noor,38.

Dalam kejadian 9 Februari lalu, suami Zuriana meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar pemandu dipercayai mabuk pada jam 5 pagi di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara dekat susur ke Perai.

Baca Lanjut