COVID-19: TIADA BAZAR RAMADAN DI PERAK JIKA PKP LANJUT

Ahmad Faizal – Foto Pejabat Menteri Besar Perak

COVID-19: TIADA BAZAR RAMADAN DI PERAK JIKA PKP LANJUT

IPOH – Kerajaan Perak akan mempertimbangkan pelaksanaan bazar Ramadan di negeri itu jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilanjutkan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bagaimanapun kaedahnya bukan seperti tradisi yang melibatkan ramai pengunjung.

Menurutnya, kerajaan negeri sedang mengkaji kaedah paling sesuai bagi membolehkan peniaga meneruskan perniagaan dan orang ramai mendapatkan juadah berbuka puasa.

Baca Lanjut

HASIL BEDAH SIASAT, VIRUS COVID-19 DIKESAN DI PERMUKAAN BADAN, ORGAN DALAMAN, AIR KENCING & CECAIR BADAN MAYAT – KKM

Gambar – Google

HASIL BEDAH SIASAT, VIRUS COVID-19 DIKESAN DI PERMUKAAN BADAN, ORGAN DALAMAN, AIR KENCING & CECAIR BADAN MAYAT – KKM

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa Institut Perubatan Forensik Negara telah menjalankan bedah siasat terhadap mayat COVID-19.

“Bedah siasat dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, iaitu Akta 342.

“Penemuan bedah siasat mendapati terdapat virus COVID-19 dikesan pada permukaan badan mayat melalui analisa real time polymerase chain reaction yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan.

Baca Lanjut

PKP: ASKAR PAKAI HELMET, ELAK AIR KENCING WARGA ASING!

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memakai helmet ketika berkawal di bangunan Selangor Mansion Jalan Masjid India | Gambar Sinar

TERKINI: ASKAR PAKAI HELMET, ELAK AIR KENCING WARGA ASING

KUALA LUMPUR – Warga asing yang terlibat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi kediaman di sini, didakwa menunjukkan protes dengan melempar barangan dari tingkat atas bangunan bukan sekadar sampah, tetapi termasuk bungkusan plastik berisi air kencing.

Sikap biadap terbabit ditunjukkan penghuni dipercayai warga asing di tiga lokasi kediaman yang telah diisytiharkan PKPD itu bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Menurut sumber, petugas terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terpaksa berdepan situasi itu ketika melakukan kawalan selama 24 jam di kawasan berkenaan.

Baca Lanjut

KUARANTIN DI HOTEL 5 BINTANG IBARAT ‘PENJARA TANPA KAD KUNCI’, KATA WANITA

Gambar Hiasan (Google)

KISAH KEHIDUPAN – KUARANTIN DI HOTEL 5 BINTANG IBARAT ‘PENJARA TANPA KAD KUNCI’, KATA WANITA

PETALING JAYA: Bagi kebanyakan orang, gambaran dikuarantin selama 2 minggu di hotel bertaraf 5 bintang menimbulkan imej santai sambil memakai jubah mandi, dengan pelayan membawa teh dan kuih-muih dalam dulang ke bilik yang dihampar permaidani tebal.

Tetapi bagi Alice, 36, yang dikuarantin di salah satu hotel mewah itu sebaik tiba dari London, mengatakan keadaan sebenar sama sekali tidak seperti yang dibayangkan.

Bilik seluas 291 kaki persegi itu dirasakan seperti “penjara tanpa kad kunci”, katanya kepada FMT.

Baca Lanjut