COVID-19 : BAYI BERUMUR 12 HARI MANGSA PALING MUDA DIJANGKITI DI MALAYSIA

COVID-19 : BAYI BERUMUR 12 HARI MANGSA PALING MUDA DIJANGKITI DI MALAYSIA

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media mengesahkan bahawa mangsa termuda yang disahkan positif Covid-19 adalah bayi berusia 12 hari.

Jika sebelum ini pada gelombang pertama, mangsa yang paling muda ialah berusia empat tahun.

Gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, tapi kita ada umur yang lebih muda daripada itu yang merupakan bayi berusia 12 hari.

Butiran kita akan maklumkan nanti,” katanya.

Baca Lanjut

TERKINI: SEHINGGA PAGI INI, 80 ANGGOTA KESIHATAN KKM POSITIF COVID-19, HOSPITAL TELUK INTAN PALING RAMAI

TERKINI: SEHINGGA PAGI INI, 80 ANGGOTA KESIHATAN KKM POSITIF COVID-19, HOSPITAL TELUK INTAN PALING RAMAI

Menerusi perkongsian daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah melaporkan bahawa seramai 80 orang anggota kesihatan KKM telah disahkan terkena jangkitan Covid-19.

Berdasarkan gambar rajah yang dikongsikan, seramai hampir 40 orang warga KKM di Hospital Teluk Intan dijangkiti wabak Covid-19. Diikuti dengan Hospital Selayang dan Hospital Raja Perempuan Zainab II masing-masing hanya 5 dan 4 orang anggota KKM terlibat.

Baca Lanjut

‘SAYA TAK TAHAN DUDUK SITU…’ – PRAMUGARI LARI DARI HOSPITAL TAMPIL BERI PENJELASAN

ISU SEMASA – ‘SAYA TAK TAHAN DUDUK SITU…’ – PRAMUGARI LARI DARI HOSPITAL TAMPIL BERI PENJELASAN

SUSULAN tular kes pramugari yang mempunyai simptom Covid-19 melarikan diri dari Hospital Parit Buntar, Perak, malam Isnin, gadis tersebut memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Mitchell Adriyana Abdul Malik atau lebih mesra disapa Yana menjelaskan kes tersebut sebenarnya sudah selesai apabila dia telah kembali ke hospital berkenaan, petang Selasa.

“Bagi saya kes dah selesai. Tapi saya terkilan kenapa nak viralkan saya sedangkan saya dah call pihak hospital maklumkan nak datang hari ini (Selasa).

Baca Lanjut

PESAKIT COVID-19 LARIKAN DIRI DARI HOSPITAL

TERKINI – PESAKIT COVID-19 LARIKAN DIRI DARI HOSPITAL

Polis dilapor sedang mengesan seorang pramugari yang disyaki Covid-19 melarikan diri dari Hospital Parit Buntar, Perak ketika menjalani saringan kesihatan semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan tersebut daripada hospital.

“Usaha menjejaki pesakit itu sedang giat dijalankan,” katanya lapor Sinar Online. Usaha mengesan pesakit kini dilakukan dengan hebahan awal ke Pusat Kawalan Daerah (DCC) Covid-19.

Baca Lanjut