ANGGOTA POLIS MAUT PULANG TUGASAN PKP

KEMALANGAN – ANGGOTA POLIS MAUT PULANG TUGASAN PKP

ANGGOTA polis maut selepas skuter ditunggangi terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 55 Jalan Ipoh-Taiping dekat Kuala Kangsar ketika pulang daripada tugasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Dalam kejadian 4.40 petang, mangsa Sarjan A Rahman Yeob, 59, yang juga Timbalan Ketua Balai Polis Padang Rengas disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang skuter Yamaha Ego LC dari arah Padang Rengas menuju Kuala Kangsar.

Baca Lanjut

COVID-19: PERAK TERSENARAI NEGERI BEBAS ZON MERAH

Perkongsian kedudukan Perak bebas zon merah oleh Ahmad Faizal di Facebooknya hari ini.(Kanan: Data terkini perkembangan kes Covid-19 yang dikeluarkan KKM.) | Gambar – Sinar

COVID-19: PERAK TERSENARAI NEGERI BEBAS ZON MERAH

IPOH – Perak tersenarai antara enam negeri yang bebas zon merah wabak koronavirus (Covid-19) berikutan bilangan pesakit aktif kurang 41 kes.

Perkembangan itu dikongsikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam laman Facebooknya hari ini.

Ahmad Faizal berkata, data Kementerian Kesihatan menunjukkan Perak mempunyai bilangan kes aktif terendah iaitu 25 pesakit (9.9 peratus) yang masih menjalani rawatan berbanding 252 kes positif jangkitan Covid-19 direkodkan.

Baca Lanjut

PERAK TERATAS SENARAI PERKEMBANGAN TERBAIK PERANGI COVID-19

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, data daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan Perak mempunyai bilangan kes aktif terendah. – Gambar BERNAMA

TERKINI – PERAK TERATAS SENARAI PERKEMBANGAN TERBAIK PERANGI COVID-19

IPOH: Perak muncul negeri teratas dalam senarai negeri-negeri yang mencatatkan perkembangan terbaik dalam memerangi penularan pandemik COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, data daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan Perak mempunyai bilangan kes aktif terendah, iaitu 25 pesakit (9.9 peratus) yang masih menjalani rawatan berbanding dengan jumlah 252 kes positif jangkitan COVID-19 yang direkodkan.Di samping itu, katanya, Perak juga adalah salah satu daripada enam negeri yang bebas daripada klasifikasi zon merah bagi kes aktif, susulan penurunan jumlah kes jangkitan baharu.

Menurutnya, sesuatu daerah diklasifikasikan sebagai zon merah apabila bilangan kes aktif melebihi 41 kes.

Baca Lanjut

COVID-19: TIGA DAERAH DI PERAK DIISYTIHARKAN SEBAGAI ZON HIJAU

Gambar – Google

COVID-19: TIGA DAERAH DI PERAK DIISYTIHARKAN SEBAGAI ZON HIJAU

IPOH, 16 April – Tiga daerah di Perak, iaitu Kuala Kangsar, Muallim dan Kampar telah diisytiharkan sebagai zon hijau atau kawasan yang tidak mempunyai kes sifar COVID-19 kerana tidak ada kes baru yang dilaporkan dalam 14 hari terakhir.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bagaimanapun, itu tidak bermaksud bahawa penduduk di ketiga-tiga daerah itu bebas keluar.

“Ini berita baik. Oleh itu, kami menjangkakan daerah-daerah ini akan kekal sebagai zon hijau dan status ini akan meluas (meluas) ke daerah-daerah lain di seluruh negeri. Kami mahu Perak bebas dari COVID-19 dan akhirnya seluruh negara, ”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baca Lanjut