BAYARAN FASA KEDUA BPN BERMULA 4 MEI INI

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat ini, 7.74 juta penerima telah menerima bayaran Fasa Pertama BPN berjumlah RM5.47 bilion | Gambar – Astro Awani.

TERKINI – BAYARAN FASA KEDUA BPN BERMULA 4 MEI INI

KUALA LUMPUR: Pembayaran Fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional untuk golongan B40 dan M40 melibatkan isi rumah dan individu bujang akan dilakukan bermula 4 Mei ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat ini, 7.74 juta penerima telah menerima bayaran Fasa Pertama BPN berjumlah RM5.47 bilion.”Proses bayaran tunai bagi mereka yang tiada akaun bank telah bermula sejak 17 April 2020 dan berjalan lancar dengan lebih 157,000 menerima bayaran secara tunai di cawangancawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

“Dengan sukacitanya, saya ingin berkongsi bahawa pembayaran Fasa Ke-2 untuk kesemua penerima BPN golongan B40 dan M40, samada isi rumah atau individu bujang, akan dibuat mulai 4 Mei 2020,” katanya semasa Perkongsian Laporan Ke-3 Pencapaian PRIHATIN-LAKSANA pada Selasa.nullSehingga 26 April, kementeriannya telah menerima lebih 3.26 juta permohonan baharu dan rayuan.

Baca Lanjut

SENARAI PENUH BANTUAN COVID-19 DI MALAYSIA DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN 2020

INFO – SENARAI PENUH BANTUAN COVID-19 DI MALAYSIA DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN 2020

Cabaran besar bagi tahun 2020 apabila seluruh dunia diserang dengan pandemik iaitu kejadian wabak besar-besaran yang dikenali sebagai coronavirus atau COVID-19.

Ia bukan sahaja melumpuhkan kesihatan manusia di setiap negara malah menjejaskan ekonomi dunia. Ini kerana negara yang terlibat adalah kuasa-kuasa besar dan pemegang ekonomi utama dunia.

Malaysia juga turut terlibat dalam krisis yang dihadapi dunia ini. Justeru kerajaan Malaysia juga telah merangka bantuan-bantuan khusus kepada rakyat Malaysia untuk menangani kesan COVID-19 ini.

Baca Lanjut