INFO 18: SPS PRIHATIN WANITA (SPW) – BANTUAN CARUMAN RM163 PERKESO

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan oleh PERKESO menerusi PEMERKASA adalah Program KerjayaGig, Penambahbaikan Program Perantisan PenjanaKerjaya 2.0, Penambahbaikan Program Subsidi Upah 3.0 dan SPS Prihatin Wanita (SPW).

Program SPW dan inisiatif-inisiatif tersebut telah diumumkan oleh kerajaan menerusi Pakej PEMERKASA pada 17 Mac yang lalu.

Melalui program ini, kerajaan akan membayar 70 peratus daripada caruman, iaitu RM163 sementara usahawan serta wanita bekerja sendiri hanya perlu membayar RM69.80 iaitu 30 peratus daripada caruman setahun Pelan 2 skim itu. Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang SPS Prihatin Wanita.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Daftar MyBayar Saman PDRM: Diskaun Saman 50% Hingga 11 April 2021

APAKAH SPS PRIHATIN WANITA?

Sejumlah RM10 juta telah diperuntukkan Kerajaan bagi usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri untuk program SPW.

Menerusi program ini, Kerajaan akan membayar 70 peratus daripada caruman tersebut, iaitu sebanyak RM163.00 sementara para usahawan serta wanita bekerja sendiri hanya perlu membayar RM69.80 iaitu 30 peratus daripada caruman setahun Pelan 2 skim tersebut.

sps prihatin wanita

APAKAH SKSPS?

Bagi yang tertanya-tanya apakah SKSPS, ia adalah singkatan kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Skim ini diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri.

Ia berfungsi memberi perlindungan kepada pencarum daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan. Ia juga menyediakan faedah tunai kepada pencarum dan tanggungannya, di samping rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

Terdapat 4 pelan yang ditawarkan oleh SKSPS di mana kadar caruman bergantung pendapatan yang diinsuranskan berdasarkan kepada pelan yang dipilih.

Bagi usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri, mereka akan mendapat manfaat daripada Dana Padanan 70 peratus untuk caruman di bawah Pelan 2 SKSPS iaitu perlindungan pendapatan sebanyak RM1,550.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Program SPW boleh dilakukan mulai 1 April hingga 31 Disember 2021.

CARA PERMOHONAN SPS PRIHATIN WANITA PERKESO

Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web PERKESO mulai 1 April. Bayaran caruman bulanan secara online boleh dibuat seperti langkah yang ditunjukkan dalam infografik di bawah:

sps prihatin wanita

MAKLUMAT LANJUT

UJntuk maklumat lanjut berhubung SPS Prihatin Wanita atau inisiatif-inisiatif dalam PEMERKASA, anda boleh rujuk di laman sesawang https://www.perkeso.gov.my/ atau emel kepada perkeso@perkeso.gov.my

Sumber : eCentral

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD.

Leave a Reply