KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 13hb November 2019 yang lalu telah berlangsung sesl temuduga bagi kerjaya Eksekutif Pemasaran Koperasi yang ditawarkan oleh pihak koperasi kepada penduduk-penduduk Di Bandaraya Ipoh mahupun di sekitar Negeri Perak yang berminat untuk mencari rezeki atau menambah punca pendapatan.

Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan aktiviti dan kegiatan ekonomi di Negeri Perak disamping menawarkan peluang peningkatan ekonomi serta penambahan dari segi pendapatan khusus buat warga Perak.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai KOPUBI Perak Bhd sebagai Eksekutif Pemasaran Koperasi anda bolehlah menghubungi kami di Talian 05-322 3924 untuk memohon atau terus email resume anda kepada kopubiperakbhd@gmail.com

Syarat Penyertaan adalah seperti Berikut:

✅ Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
✅ Mempunyai sijil SPM (Minima), Lepasan Diploma dan Ijazah juga digalakkan.
✅ Mempunyai perwatakan yang menarik serta berkeyakinan tinggi.
✅ Rajin solat dan patuh kepada perintah agama.
✅ Seorang yang Amanah dan berdisplin tinggi.


En. Mohd Fhami selaku Ahli Lembaga Koperasi sedang menjalankan sesi temuduga

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 05-322 3924. Diharapkan kita semua memperoleh kejayaan dan manfaat daripada apa yang ditawarkan ini.

Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan menjadi sebuah koperasi yang kompiten dan memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan serta mengorak langkah menjadi salah sebuah koperasi yang disegani. Insyallah.. 🤲



Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.

En. Mohd Fhami Bin Mohamed Nordin
Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd