KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 25hb Oktober 2019 yang lalu telah berlangsung sesi latihan dan operasi sistem iKoop oleh team dari Syarikat ALM Core Solutions Sdn Bhd.

Syarikat ini adalah salah sebuah syarikat yang membekalkan dan menyediakan system data entri keanggotaan kepada koperasi-koperasi di Malaysia termasuk menyediakan system kepada Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Bhd (SEKATARAKYAT).

Alhamdulillah, KOPUBI Perak Bhd telah memeterai perjanjian pengunaan sistem data entri yang disediakah ini pihak KOPUBI Perak Bhd percaya dengan penggunaan sistem yang dinamik ini, KOPUBI Perak dijangka akan bergerak lebih maju pada masa hadapan dengan pengurusan operasi yang sangat efisien, efektif serta menjimatkan masa dan tenaga.

Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan. Insyallah.. 🤲



Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.

Nor Zarina Zamzuri
Bendahari Kehormat PUBI Perak