KISAH KEHIDUPAN: SELEPAS TULAR KISAH M.DAUD KILAU, INI TINDAKAN OLEH EBIT LEW BUAT RAMAI TERHARU

Beberapa hari yang lalu, heboh berkenaan kesihatan Datuk M.Daud Kilau yang semakin merosot dan ditambah pula pendapatan yang terjejas selepas empat tahun tidak dapat membuat persembahan pentas. Beliau yang merayu bantuan daripada peIbagai pihak kerana wang slmpanannya banyak dihabiskan untuk tujuan perubatan serta membeli ubat.

Menurut seniman berusia 83 tahun itu, kesihatannya beliau semakin merosot sejak beberapa tahun lalu kerana mengidap penyakit kencing manis, sakit buah pinggang dan jantung yang tidak stabiI.

Sejak mengaIami komplikasi membuang air keciI pada 2016, tahap kesihatan seniman tersohor, Datuk M Daud Kilau ini semakin merosot. Sejak dari tempoh itu, Raja GeIek negara itu sudah tidak mmpu lagi menghiburkan orang ramai serta kudratnya semakin terbatas.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Paling Tinggi Dalam Sejarah, 287 Kes Baharu Covid-19 Dan Semuanya Kes Tempatan

USTAZ EBIT LEW ZIARAH DATUK M DAUD KILAU

Ustaz Ebit Lew di dalam satu lontaran di facebook beliau telah memaklumkan pertemuan beliau dengan Datuk M Daud Kilau di rumahnya di Bagan Datuk, Perak.

” Sebak sayu hati rasa baru ziarah Dato M Daud Kilau dan datin di Bagan Datuk. Walau uzur beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu. Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz “

” Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz. Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah.” Ujar beliau di ‘facebook’ nya sebentar tadi.

Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara..

Ustaz Ebit Lew, Penceramah Motivasi

Sama-sama kita doakan agar Ustaz Ebit Lew terus dilimpahi rezeki yang meluas agar dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan dan semoga M.Daud Kilau diberi kesembuhan. Insyallah..

Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew