KISAH KEJAYAAN – SEJARAH ROTI YANG MENJADI ‘BURUAN’ JUTAAN RAKYAT MALAYSIA PADA WAKTU INI

Pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak panyakit Covid-19 di Negara ini sudah pasti hampir 33 juta rakyat Malaysia terpaksa berkurung di dalam rumah.

Secara tidak langsung, perkara ini telah menyebabkan bekalan makanan dan bahan mentah di Negara ini turut mendapat permintaan yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya situasi kekurangan bekalan tersebut di pasaran.

Ini termasuklah roti jenama roti ‘Gardenia’ yang kini menjadi buruan hampir setiap rakyat Malaysia bagi memenuhi keperluan kehidupan seharian mereka sebagai manusia iaitu untuk mendapatkan tenaga serta nutrisi makanan yang secukupnya di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergeran ini.

Kenali Jenama Brahim’s Yang Dahulunya Pembekal Pek Makanan Tentera –>

Telah tular di media sosial bekalan Roti ini tidak mencukupi dan menjadi buruan dan ini dibuktikan beberapa pengkongsian yang mendapati perhatian yang tinggi serta mendapat komen yang banyak dari netizen.

Ternyata, roti keluaran Gardenia adalah roti yang paling digemari oleh rakyat Malaysia selepas bekalan roti di beberapa lokasi serata Malaysia dilaporkan laku macam pisang goreng panas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan dan hampir menyebabkan rakyat Malaysia menggila.

Betapa besarnya pengaruh roti Gardenia di Malaysia sehingga majoriti rakyat Malaysia pasti mengetahui lagu rasmi Gardenia. Ada bermacam-macam genre lagu Gardenia yang kita pernah dengar sebelum ni sama ada dalam versi Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris tetapi liriknya masih kekal sama.

Ramai yang gemarkannya
Terasa segar sentiasa
Resepi uncle Slocumm
Tinggi kualiti
Gardenia
Sungguh enak dimakan begitu saja

Persoalannya sekarang, adakah anda semua mengetahui sejarah roti ini dan siapakah sebenarnya uncle Slocumm sehingga dimasukkan dalam lirik lagu rasmi Gardenia?

Kisah Kejayaan Jutawan Beras Malaysia, Faiza Bawumi –>

SEJARAH ROTI GARDENIA DI MALAYSIA BERMULA SEJAK TAHUN 1969 DI SABAH

Menurut sejarah awal Gardenia, pada tahun 1969 seorang lelaki dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Horatio Sye Slocumm ditugaskan dan dihantar ke Malaysia oleh International Executive Service Corporation (IESC).

Syarikat ini adalah sebuah organisasi antarabangsa yang bertanggungjawab meningkatkan taraf hidup masyarakat di seluruh dunia melalui pembangunan syarikat-syarikat perniagaan bagi memulakan perniagaan yang berasaskan roti.

Memandangkan Horatio Sye Slocumm memiliki pengalaman dalam bidang pembuatan roti lebih dari 30 tahun maka beliau telah dihantar oleh organisasi ini untuk memulakan projek tersebut di negara ini.

Setibanya di Malaysia (Kota Kinabalu), Horatio Sye Slocumm bekerjasama dengan ahli perniagaan terkenal di Sabah, Datuk Wong Tze Fatt untuk menubuhkan sebuah syarikat, dikenali sebagai Gardenia Food Industries yang beroperasi di Sabah.

Untuk pasaran semenanjung Malaysia pula, Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd pertama kali mengadun bebuku roti pada tahun 1986.

Syarikat Gardenia Bakeries (KL) dalam hanya tempoh 4 tahun sahaja telah menjadi pelopor pasaran roti terkemuka dam Nombor 1 di Malaysia.

(Gambar : Kilang Roti Gardenia di Shah Alam, Selangor)

Sejak beberapa tahun mutakhir ini, Gardenia telah berjaya mencipta dan memasarkan pelbagai produk bakeri berkualiti tinggi yang mendapat sambutan hebat berterusan dari rakyat Malaysia khususnya.

Sebelum ni, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd pernah mengeluarkan kenyataan untuk menerangkan mengenai kekeliruan di antara Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dan Gardenia Food Industries.

Menurut Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, kedua-dua entiti syarikat ni adalah merupakan syarikat yang berbeza, pengurusan yang berbeza, polisi yang berbeza dan sistem operasi yang berbeza.

Mungkin disebabkan ini juga ramai yang memperdebatkan mengenai rasa roti Gardenia kat Sabah berbeza dengan roti yang dijual kat semenanjung Malaysia.

Horatio Sye Slocumm meninggal dunia pada 30hb September 1982 dan namanya sehingga kini terus kekal sebagai rujukan resipi roti putih yang enak dan berkualiti tinggi. Mendiang selamat dikebumikan di Forest Hill Cemetery yang terletak di Alabama, Amerika Syarikat.

Langit tidak selalunya cerah di mana nasib seorang lagi Pengasas Asal roti Gardenia ini iaitu Datuk Wong Tze Fatt pula agak kurang baik.

Perkuburan Forest Hill Cemetery – Alabama, Amerika Syarikat.

Selepas menempa kejayaan demi kejayaan sehinga meletakkan beliau sebagai ‘taikun’ yang sangat disegani, beliau dan isteri telah dibunuh dengan kejam di kediaman mereka yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.

Jenama roti Gardenia terus berkembang di rantau Asia dan menjadi pilihan utama mereka yang gemarkan roti putih sebagai santapan harian termasuklah di Negara ini.

Mydin – Dari Kedai Runcit Ke Empayar Hypermarket –>

Antara variasi produk Gardenia yang mendapat sambutan besar: 

Roti Putih Gardenia
– Original Classic
– Original Classic Jumbo
– Classic (Rendah lemak)

-Bonanza (roti sandwich)

Roti Roti Lemak (FibreMeal)
– Bran & WheatGerm (light fibremeal)
– Honey Wholemeal (high fibremeal)
– 100 % WholeGrain (dengan bijirin bunga matahari)
– 100 % WholeGrain (dengan gandum ungu Kanada)

European Cottage Style Bread
– Pelbagai bijirin
– Bijirin campuran herba Mediterranean
– Le Classique Sesawhite

Squiggles
– Choco Malto (roti berinti krim coklat)
– Funky Strawberry (roti berintim krim perisa strawberi)
– Tangy Orange (roti krim berinti perisa oren)

Twiggies
– Cream Dream (Jejari krim berinti vanila)
– Choc-A-Lot (Jejari krim berinti coklat)

– Variasi snek waffle ”tea cake” ( berperisa oren,buttermaple,coklat,banana)

Quick Bites
– 2 snek kek muffin dengan cip coklat

Fluffy Buns
– Roti empuk lembut (berinti kacang merah)
– Roti empuk lembut (berinti pandan kelapa)

Toastem
– Roti kismis dan oatmeal

-Roti kismis dengan mentega

Breakthru
– Roti bijirin oatmeal (dengan beta-glucan bagi merendahkan kolestrol)

Delicia
– Variasi snek waffle (fresh egg vanilla,cinnamon,blueberry)
– Variasi snek roti krim (vanila, coklat, butterscotch, strawberi, jagung, sambal billis).

-Variasi roti( coklat kismis,butterscotch,rasberi kranberi dengan cip susu)

-Variasi rol lembut ( Butter tofee, Strawberry yogurt)

Kisah Kejayaan Pengasas Al-Ikhsan –>




PENCAPAIAN DAN ANUGERAH

2001: Pembekal Terbaik 2001 (Kategori : Roti), Dairy Farm Giant Retail

2002: Sistem Kualiti Pengurusan ISO 9001, SIRIM QAS International Sdn Bhd

2002, 2003/2004, 2005: Anugerah Superbrands untuk 3 penggal berturut-turut, Superbrands Malaysia

2004: Anugerah Kebangsaan Bagi Kreativiti dan Inovasi, Malaysian Design Technology Centre

2005: MS 1480:1999 – Jaminan Permakananan mengikut tahap Analisis Risiko dan Sistem Pengawasan Kritikal (HACCP), SIRIM QAS International Sdn Bhd

2005: Sistem Integrasi Universal – ISI 2020, Research Institute of Standards in Islam

2006: Anugerah Pilihan Pengguna, Superbrands Malaysia

2006, 2007: Pengesahan paras rendah glycaemic, dimeterai Mesra Diet dan Mesra Diabetik , Glycemic Research Institute, Washington D.C.

2007: Anugerah Produk Terpuji, Malaysian Institute of Food Technology (MIFT)

2008: Anugerah Pilihan Malaysia 2008, Superbrands Malaysia

2009: Anugerah 10 Jenama Terbaik Malaysia 2009, Gardenia Malaysia (tempat ke-7), The Nielson Company, Superbrands survey

2011: Anugerah 10 Jenama Terbaik Malaysia 2011, Gardenia Malaysia (tempat ke-3), The Nielson Company, Superbrands survey

2010, 2011, 2012: Anugerah Jenama Putra – Gardenia Malaysia (Anugerah Emas), Association of Accredited Advertising Agents, kajian pengguna mengenai Jenama Paling Disukai (’Most Preferred Brand’), (Bahagian Categori Makanan)

Sumber : Wikipedia, Iluminasi, Gardenia