KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 26hb Oktober 2024 yang lalu telah KOPUBI Perak Bhd telah menyertai sebuah program anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) salah sebuah sebuah agensi milik penuh kerajaan negeri Perak di bawah portfolio EXCO Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional & Hal Ehwal Masyarakat India negeri Perak.
Program yang dianjurkan itu adalah Program Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Manjung yang telah berlangsung bertempat di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung, Perak.
Pada program ini KOPUBI Perak Bhd telah diberi peluang untuk membuka sebuah Booth Pameran bagi tujuan temuduga serta menawarkan peluang kerjaya kepada Rakyat Negeri Perak.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Team MyAngkasa Amanah Bhd
Alhamdulillah, KOPUBI Perak Bhd telah diiktiraf sebagai salah sebuah Majikan yang menyediakan peluang kerjaya dan KOPUBI Perak Bhd telah menawarkan jawatan sebagai Wakil Pemasaran, Pengurus Pemasaran dan juga Pengurus Kumpulan kepada warga Negeri Perak.
Majlis Perasmian Program Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Manjung ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Azman Noh selaku ADUN Pengkalan Baharu.
Untuk makluman semua pada bulan Jun 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah dilantik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.
Melalui pelantikan ini, KOPUBI Perak Bhd boleh memberi perkhidmatan serta memasarkan semua produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyAngkasa Amanah Bhd pada kadar yang diselaraskan kepada semua pelanggan.
Dengan ini KOPUBI Perak Bhd telah menjadi sebuah hub penyedia perkhidmatan ini dan bakal menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta berdaya maju.
Semoga dengan adanya perkhidmatan tambahan ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak. Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI