PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 15hb Mac 2025 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan Program Edaran Bubur kepada pengunjung-pengunjung Bazar Ramadhan anjuran PUBI Perak di Taman Temara, Ipoh Perak.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI :Program Turun Padang Majlis Bandaraya Ipoh Ke Bazar Ramadan 2025

Syukur sebanyak 100 bekas bubur telah berjaya diedarkan dalam masa 45 minit kepada pengunjung-pengunjung Bazar Ramadan di Taman Temara ini.

Walaupun keadaan cuaca tidak mengizinkan dan hujan lebat, operasi penyerahan bubur diteruskan juga dan segalanya telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan.

Dengan izinNya juga program ini sangat berjaya serta mendapat perhatian dan sambutan daripada pengunjung-pengunjung Bazar Ramadan di Taman Temara ini.

Pada program ini, En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI Ipoh Perak telah mengetuai program mengedar bubur dan turut dibantu oleh Ahli-ahli Jawatankuasa PUBI Perak.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI Ipoh Perak telah mengetuai program mengedar bubur dan turut dibantu oleh Ahli-ahli Jawatankuasa PUBI Perak.

Timbalan Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) iaitu En. Mohammad Nafis, Bendahari PUBI Perak, Pn Zuraida Zulkepli, Pen. Setiausaha PUBI Perak.

Antara Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang hadir pada program ini adalah En. Khairul Akmal, Pn Jamaliah Md Yatim dan Pn Norazlina Omar.

Syukur kerana Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) masih dapat berbakti kepada masyarakat serta menyantuni penduduk setempat dengan aktiviti amal pada bulan yang sangat mulia ini.

Didoakan agar kita semua mendapat keberkatan daripada usaha yang telah dijalankan ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO lain di negara ini secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak