PERODUA MEMBUKA TIRAI TAHUN BAHARU 2020 DENGAN MEMPERKENALKAN KEMASKINI TERHADAP SEDAN SEGMEN A PALING LARIS DI PASARAN, PERODUA BEZZA 2020 DI IBU NEGARA, SEBENTAR TADI.
Perodua Bezza 2020 seperti yang telah diperlihatkan minggu lalu menerusi video teaser oleh Perodua kini hadir dengan ciri-ciri yang lebih moden dan lebih selamat, selari dengan peredaran zaman.
Ditawarkan dalam tiga varian utama iaitu G, X dan AV, Perodua Bezza masih kekal dengan penggunaan nadi 1.0 liter dan 1.3 liter seperti yang dilengkapkan pada model pra-facelift.
Perubahan ketara yang dibawakan pada Perodua Bezza 2020 lebih tertumpu kepada rekaan luaran yang lebih agresif, seperti lampu utama yang lebih tirus dan sporty, rekaan bumper serba baharu dengan perumah lampu kabus dan kemasan liang udara bersegi, serta bumper belakang yang diberikan nafas baharu.
Selain daripada itu, sistem suspensi juga turut ditala semula untuk memberikan lebih kestabilan ketika di atas jalan raya.
Sementara ruang dalaman pula menampilkan rekaan papan pemuka yang lebih malar segar, serta panel meter yang diberikan pencahayaan berwarna putih.
Antara kelengkapan asas yang ditawarkan termasuklah lampu utama LED, rim aloi, kit badan dengan layangan warna dua tona, penderia undur dan ciri keselamatan seperti ABS dan EBD.
Untuk varian tertinggi pula, Perodua Bezza kini didatangkan dengan Advanced Safety Assist 2.0 (A.S.A 2.0) yang merangkumi ciri berikut:
- Amaran Pra-Pelanggaran (FCW)
- Sistem Brek Pra-Pelanggaran (PCB)
- Sistem Amaran Pergerakan Hadapan (FDA)
- Kawalan Kesilapan Operasi Pedal (PMC)
BERIKUT MERUPAKAN PERINCIAN UNTUK SETIAP VARIAN PERODUA BEZZA 2020:
Perodua Bezza G
Enjin 1KR-VE 1.0 liter (67 hp/91 Nm)
Transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan
Rim aloi bersaiz 14 inci
Cermin sisi elektrik
Gril hadapan hitam berkilat dengan kemasan perak
Perodua Bezza X
*tambahan kepada ciri G
- Enjin 1NR-VE 1.3 liter 91 hp/121 Nm
- Transmisi automatik empat kelajuan
- Rim aloi bersaiz 15 inci
- Sensor hadapan dan belakang
- Cermin sisi elektrik boleh lipat
- Tambahan ciri Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TRC)
- Gril hadapan hitam berkilat dengan kemasan krom
Perodua Bezza AV
*tambahan kepada ciri X
- Sistem Kemasukan Pintar dengan Kunci Pintar
- Butang Pandu Mula
- Ciri Advanced Safety Assist 2.0 (ASA 2.0)
Terdapat dua warna baharu iaitu Garnet Red Metallic dan Granite Grey Metallic sebagai tambahan kepada warna sedia ada (Sugar Brown Metallic, Ocean Blue Metallic, Glittering Silver Metallic dan Ivory White Solid).
Berikut merupakan harga jualan bagi Perodua Bezza 2020:
- Perodua Bezza G MT – RM34,580
- Perodua Bezza G AT – RM36,580
- Perodua Bezza X AT – RM43,980
- Perodua Bezza AV AT – RM49,980
Setiap pembelian Perodua Bezza 2020 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau jarak perbatuan 150,000 km yang mana terdahulu.
KOMEN TERKINI