KOPUBI PERAK BHD TERUS MENGORAK LANGKAH DI DALAM USAHA MENCAKNA EKONOMI BANGSA MELALUI GERAKAN KOPERASI DI NEGERI PERAK INI

Alhamdulillah, pada 19hb September 2019 yang lalu, Ahli Lembaga Koperasi yang diketuai oleh Pengerusi Koperasi En. Sharul telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Pengarah Urusan Syarikat ALM Core Solutions Sdn Bhd.

Syarikat ini adalah salah sebuah syarikat yang membekalkan dan menyediakan sistem data entri keanggotaan kepada koperasi-koperasi di Malaysia termasuk menyediakan system kepada Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Bhd (SEKATARAKYAT).

Alhamdulillah, hasil daripada perbincangan dan pertemuan ini KOPUBI Perak Bhd akan memeterai perjanjian pengunaan system data entri yang disediakah oleh syarikat ini yang mana sistem data entri tersebut diberi nama iKoop.

Dengan penggunaan sistem iKoop yang dinamik ini, KOPUBI Perak Bhd dijangka akan bergerak lebih maju pada masa hadapan dengan pengurusan operasi yang sangat efisien, efektif serta menjimatkan masa dan tenaga.

Ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini.

Insyallah..



Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.

Mawardah Ahmad Yusni
Bendahari Kehormat KOPUBI Perak Bhd