PELUANG UNTUK BERNIAGA DI BAZAAR RAMADHAN ANJURAN PUBI PERAK! JANGAN LEPASKAN PELUANG INI..
Sukacitanya dimaklumkan, PUBI Perak akan mengagihkan Borang dan Pengundian Tapak Bazaar Ramadhan PUBI Perak bagi tahun 2019/1440H tidak lama lagi bagi lokasi Bazaar Ramadhan seperti di bawah ini;
1) Tapak Pasar Malam PUBI Perak Lapangan Jaya (20 Khemah)
2) Tapak Pasar Malam PUBI Perak Bandar Seri Botani (10 Khemah)
Sehubungan dengan itu, PUBI Perak ingin menyeru kepada merreka yang ingin memohon untuk berniaga di Bazaar Ramadhan ini sila hadir pada majlis ini seperti berikut:
Tarikh : 6hb April 2019
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Orang Ramai Kg. Pengkalan Pegoh, Lahat Perak.
Syarat permohonan tapak Bazaar Ramadhan PUBI Perak:
1) Syarat WAJIB yang telah ditetapkan oleh MBI untuk Kemasukan Bazaar Ramadhan PUBI Perak adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia
ii. Mempunyai Kad Cucuk Typhoid yang sah (Pembantu juga wajib ada)
iii. Mempunyai Sijil Pengendalian Makanan (KKM)
2) Membawa Salinan asal/original untuk dokumen-dokumen di atas semasa hari cabutan undi serta membawa satu salinan Kad Pengenalan.
3) Membayar yuran masuk sebanyak RM450 untuk tapak saiz 10×20.
4) Membayar Deposit tapak seperti berikut:
i. Peniaga yang memasak/membakar: RM100
ii. Peniaga air tebu/kelapa: RM100
iii. Selain daripada di atas: RM50
5) Deposit akan dipulangkan pada 10 hari terakhir Ramadhan sekiranya tapak bersih dan tiada kekotoran.
6) Hanya bayaran TUNAI sahaja yang diterima semasa hari pengundian. (Tiada ansuran atau hutang)
Jangan lepaskan PELUANG anda untuk berniaga di bazaar ramadhan anjuran PUBI Perak ini!
✅ Lokasi strategik
✅ Dijangka ramai pengunjung
✅ Mendapat kelulusan MBI
✅ Diuruskan oleh Persatuan yang berwibawa
‘Semoga Ramadhan Kita Diberkati Allah dan berniagalah kerana Allah’
Sebarang pertanyaan sila hubungi 05-322 3924
KOMEN TERKINI