PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 15hb Julai 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah membuka semua operasi Pasar Malam PUBI Perak di Bandar Seri Botani (Margosa) Ipoh Perak.

Alhamdulillah, susulan dengan pengumuman Kerajaan baru-baru ini yang telah membenarkan semula aktiviti ekonomi iaitu operasi pasar malam diadakan dengan syarat SOP yang telah ditetapkan dan diketahui oleh umum.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Bengkel Asas Pembinaan Laman Web & Blog

Pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengambil maklum dan melihat kepada situasi Covid-19 yang semakin terkawal masa kini maka kami telah memutuskan untuk membuka semula operasi Pasar Malam anjuran kami secara berperingkat dengan dimulai dengan pembukaan semula operasi Pasar Malam PUBI Perak di Bandar Seri Botani.

Syukur, sambutan pengunjung ke pasar malam ini pada hari pertama pembukaan tersebut adalah sangat menggalakkan dan peniaga sangat gembira kerana jualan sangat laris.

PUBI Perak ingin mengambil keempatan untuk menjemput penduduk di kawasan sekitar untuk hadir beramai-ramai yang akan dibuka setiap hari rabu setiap minggu dan memberi sokongan padu kepada peniaga-peniaga yang telah kehilangan punca pendapatan susulan penularan wabak covid-19 di negara kita baru-baru ini.

Video Pembukaan Semula Pasar Malam PUBI Perak @ Botani

Walaubagaimanapun, pengunjung yang ingin berkunjung ke pasar malam ini haruslah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti berikut;

  1. Pelanggan perlu mendaftar menggunakan QR CODE atau buku daftar, diambil suhu badan dan menggunakan hand sanitizer yang disediakan.
  2. Tempoh masa pengunjung di dalam zon pasar malam adalah terhad kepada 20 minit untuk setiap pengunjung sahaja.
  3. Hanya 2 orang dari satu keluarga sahaja dibenarkan pada satu-satu masa dan had umur adalah 13 tahun ke atas.
  4. Aliran pergerakan pengunjung adalah sehala sahaja dan tidak boleh berpatah balik.

Pihak persatuan berharap para pengunjung dapat mengikuti SOP yang telah ditetapkan ini dan bantulah kami menaikkan semula sektor perniagaan pasar malam yang telah menguncup buat masa ini.

Dengan bantuan daripada anda semua, aktiviti ekonomi ini akan berjalan dengan rancak semula dan para peniaga akan dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka pada era pasca pandemik covid-19 ini.

Sokongan daripada anda semua amatlah dialu-alukan dan dihargai. Berbelanjalah di pasar malam kami disamping mendapat keperluan harian yang bermanfaat dan berguna untuk keluarga anda semua. Insyallah..

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Insyallah

En. Mohamed Helmi Bin Mohamed Fuzi
AJK Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak merangkap Ketua JK Pasar Malam & Bazaar PUBI (JKPMB)