KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 27hb November 2019 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah dijemput untuk menghadiri Majlis MOU Pembelian 50 Unit Apartment Mampu Milik di antara Konsortium Koperasi Komoditi Ukhwah Bhd (UKHWAH) dan D’Aman Residensi Bandar Meru Raya yang telah berlangsung dengan jayanya di Meru Raya Ipoh Perak.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd ke majlis ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd, En. Sharul Baha Abd Rahman, Bendahari Kehormat Cik Mawardah Ahmad Yusni dan dua orang Ahli Lembaga Koperasi iaitu En Mohd Fhami dan En Mohamed Helmi.

Pada majlis tersebut tetamu kehormat Dato’ Seri Ir Mustafa Kamal Bin Maulut selaku Presiden kepada Konsortium Koperasi Komoditi Ukhwah Bhd (Konsortium Ukhwah) dan juga merupakan Presiden kepada Koperasi Ukhwah (M) Bhd telah hadir untuk menyempurnakan MOU tersebut dengan disertai oleh Pengarah Urusan D’Aman Residensi Dato’ Azizul Kama Abd Aziz.

Turut hadir ke majlis ini adalah CEO D’aman Residensi Mr Ong Teen Boon, Timbalan CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia En Azam dan Pengerusi ANGKASA (M) Bhd Negeri Perak En. Rosli.


Barisan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd bergambar bersama Dato’ Seri Ir Mustafa Kamal Bin Maulut selaku Presiden kepada Konsortium Koperasi Komoditi Ukhwah Bhd (Konsortium Ukhwah) dan juga merupakan Presiden kepada Koperasi Ukhwah (M) Bhd

Merasmikan Majlis ini adalah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Wilayah Persekutuan En. Amran bin Abd Kadir yang datang secara peribadi daripada Ibupejabat SKM Kuala Lumpur.

Alhamdullilah, Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd sempat beramah mesra dan bertukar-tukar pendapat Presiden salah sebuah Koperasi ternama di Malaysia iaitu Dato’ Seri Ir Mustafa Kamal Bin Maulut selaku Presiden kepada Konsortium Koperasi Komoditi Ukhwah Bhd (Konsortium Ukhwah) dan juga merupakan Presiden kepada Koperasi Ukhwah (M) Bhd

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan. Insyallah..



Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.

En Mohd Fhami Mohamed Nordin
Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd