
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 8hb Oktober 2020 yang lalu, Gabungan Penganjur Pasar Malam dan Pasar Pagi Kinta telah mengadakan program lawatan dan pemantauan pematuhan SOP PKPP di Tapak Pasar Malam anjuran persatuan gabungan iaitu Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Perkasa (PERKASA).
Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dan memantau pematuhan SOP Pembukaan Semula Pasar Malam di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah dikuat kuasakan oleh pihak kerajaan.
AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Kunjung Hormat Bertemu Datuk Bandar Ipoh
Mewakli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan dan Setiausaha Kehormat PUBI iaitu saudara Mohamad Jamean.
Turut hadir pada sesi lawatan ini adalah En. Jaafar selaku Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Pasar Malam Bergerak Melayu Kinta (PAYUNG) dan En. Kamal selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Perkasa (PERKASA).
Alhamudulillah, pihak gabungan sangat berpuas hati dengan operasi pasar malam di kawasan ini dan kesemua peniaga telah menjalankan tanggungjawab serta patuh kepada SOP yang telah ditetapkan.
PUBI Perak juga ingin mengambil keempatan untuk menjemput penduduk di kawasan sekitar untuk hadir beramai-ramai ke tapak pasar malam yang berdaftar serta memberi sokongan padu kepada peniaga-peniaga yang telah kehilangan punca pendapatan susulan penularan wabak covid-19 di negara kita baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, pengunjung yang ingin berkunjung ke pasar malam haruslah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Pihak gabungan juga berharap para pengunjung dapat mengikuti SOP yang telah ditetapkan ini dan bantulah kami menaikkan semula sektor perniagaan pasar malam yang telah menguncup buat masa ini.
Dengan bantuan daripada anda semua, aktiviti ekonomi ini akan berjalan dengan rancak semula dan para peniaga akan dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka pada era pasca pandemik covid-19 ini.
Sokongan daripada anda semua amatlah dialu-alukan dan dihargai. Berbelanjalah di pasar malam disamping mendapat keperluan harian yang bermanfaat dan berguna untuk keluarga anda semua.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..
KOMEN TERKINI