BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Pada 16hb November 2018 yang lalu, JK Kebajikan & Kerohanian Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang diketuai oleh Cik Mawardah Ahmad Yusni telah mangadakan lawatan dan menyerahkan Tabung Bantuan Kecemasan (Musibah) PUBI Perak kepada ahli PUBI Perak yang telah ditimpa kesusahan dan musibah iaitu Pn Hanisah Binti Mohamed Ikhsan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Pn Hanisah di Hospital Kampar sebentar tadi oleh Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul yang turut disertai oleh Bendahari Agung Cik Zarina Che Zam.

Untuk makluman semua, pada 12hb Oktober 2018 yang lalu, dua anak beliau iaitu Nurjannah Binti Mohd Azaha (19 tahun) dan Nurhidayah Binti Mohd Azaha (16 tahun) telah terlibat di dalam kemalangan di Cenderong Balai, Perak.

Di mana di dalam kemalangan tersebut Nurjannah Binti Mohd Azaha telah mengalami kecederaan dan telah dimasukkan ke dalam wad biasa Hospital Teluk Intan manakala adiknya Nurhidayah Binti Mohd Azaha pula telah dimasukkan ke Wad ICU kerana mengalami kecederaan di 3 bahagian badan iaitu patah kaki kanan, patah tangan kanan dan patah tulang pinggul.

Untuk pengetahuan semua juga Ahli kami (Pn Hanisah) adalah ahli berdaftar PUBI Perak sejak 2017 dan beliau juga merupakan seorang ibu tunggal yang berniaga menjual nasi lemak pada sebelah pagi dan pada sebelah petang beliau berkerja sambilan sebagai Pencuci di Mambang Diawan, Perak.

Anaknya telah menjalani pembedahan memasukkan besi ke bahagian anggota anaknya yang patah itu (Nurhidayah Binti Mohd Azaha, 16 tahun sehingga posting ini di buat masih mendapatkan rawatan di hospital.

Akibat dari kejadian ini Pn Hanisah Binti Mohamed Ikhsan telah hilang punca pendapatan kerana terpaksa menjaga dan menguruskan anaknya yang seorang sakit berehat di rumah manakala seorang lagi masih di hospital.

Sungguh berat dugaan dan ujian dari Allah ini. Semoga dengan bantuan ini maka dapatlah meringankan beban beliau serta memudahkan urusan beliau.

Semoga Allah memberkati usaha yag dijalankan ini dan semoga Allah memudahkan urusan Ahli PUBI Perak iaitu Pn Hanisah Binti Mohamed Ikhsan.

PUBI Perak juga ingin memgucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yang ada menyumbang ke dalam tabung ini sejak dilancarkan Oktober yang lalu oleh Jawatankuasa ini.

Insyallah..

Untuk melihat Photo program ini sila klik

Poster Bantuan Sumbangan Kecemasan (Musibah) Ahli PUBI Perak yang dilancarkan pada 15hb Oktober 2018 yang lalu oleh JK Kebajikan PUBI Perak.