Hari ini 15hb April 2018, bersempena dengan ulangtahun kedua PUBI Perak maka secara rasminya telah dilancarkan laman web PUBI Perak yang sangat interaktif dan unik ini. Syukur kerana dengan izinNya maka laman web ini berjaya ditubuhkan oleh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang telah diterajui oleh En. Sharul Baha Bin Abd Rahman dan dibantu oleh Timbalannya iaitu En. Nor Adzman Bin Nali@Razali.
Laman web ini telah menjadi salah satu daripada usaha utama Ahli Jawatankuasa sejak PUBI Perak ditubuhkan 2 tahun lalu dan segala usaha serta penantian ini sangatlah berbaloi. Diyakini dengan adanya laman web yang sangat interaktif ini akan membawa PUBI Perak ke satu tahap yang lebih tinggi disamping akan dapat meningkatkan lagi kredelibiti persatuan sebagai peneraju dan contoh kepada NGO yang lain di Negeri Perak ini.
Laman web ini telah dibahagikan kepada 5 segmen utama iaitu, ‘Home’, ‘Tentang Kami’, ‘Koperasi’, ‘Blog’ dan ‘Hubungi Kami’. Setiap segmen pula akan terdapat pecahan-pecahan tertentu yang telah dikelasifikasikan mengikut topik ataupun tajuk tertentu.
Berikut adalah segmen-segmen yang terdapat di dalam laman web ini serta kandungan topik yang dikandung di dalam segmen tersebut;
HOME
- Paparan laman utama laman web.
- Mengandungi info-info berkaitan PUBI Perak secara umum dan kempen keahlian PUBI Perak.
- Sangat interaktif dan menyeronokkan.
- Padat dengan maklumat dan tidak membosankan.
TENTANG KAMI
- Paparan laman yang mengandungi info-info tambahan berkaitan PUBI Perak.
- Mengandungi sub-topik tertentu yang terdiri daripada info-info berkaitan Ahli Jawatankuasa serta perancangan strategik PUBI Perak.
- Sangat interaktif dan menyeronokkan.
- Padat dengan maklumat dan tidak membosankan.
KOPERASI
- Paparan laman yang mengandungi info berkaitan KOPUBI Perak Bhd.
- Mengandungi sub-topik tertentu yang terdiri daripada info-info berkaitan sejarah penubuhan koperasi, objektif penubuhan dan senarai Ahli Lembaga Pengarah koperasi.
- Sangat interaktif dan menyeronokkan.
- Padat dengan maklumat dan tidak membosankan.
BLOG
- Paparan laman yang mengandungi sub-sub topik tertentu seperti, ‘Berita’, ‘Usahawan PUBI Perak’, ‘Hiburan dan Sukan’, ‘Politik’ dan ‘Tips Usahawan’.
- Sub-topik ini akan memaparkan post-post berkaitan dengan sub-topik tersebut.
- Tujuan sub-topik ini ditubuhkan adalah untuk menarik pengunjung untuk melayari laman web PUBI Perak ini seterusnya menjadi medium penrantara di atas PUBI Perak samana ada dengan ahlinya sendiri atau dengan masyarakat umum.
- Sangat interaktif dan menyeronokkan serta padat dengan maklumat yang tidak membosankan.
HUBUNGI KAMI
- Paparan laman segmen terakhir yang tiada mengandungi sub-sub topik tertentu.
- Laman ini memberi maklumat untuk pengunjung menghubungi PUBI Perak secara dengan lebih dekat.
- Pengunjung juga boleh memberi cadangan atau komen-komen membina kepada PUBI Perak.
Begitulah isi kandungan laman web rasmi PUBI Perak yang telah disusun dengan baik dan rapi serta melalui perancangan yang teliti. Ahli Jawatankuasa PUBI Perak sangatlah mengalu-alukan segala bentuk cadangan dan idea bernas untuk membangunkan lagi laman web ini pada masa hadapan demi mencapai misi & visi serta objektif penubuhan persatuan ini. Padangan dan komen anda sangatlah penting kepada kami dan akan diperhalusi dari masa ke semasa.
Harapan kami, semoga laman web ini akan menjadi rujukan kepada semua pihak terutamanya Ahli Berdaftar PUBI Perak, masyarakat umum di bandaraya Ipoh ini secaranya amnya dan secara khusus buat usahawan dan bakal usahawan sekalian. Dan semoga laman web ini akan menjadi contoh dan rujukan kepada semua NGO di Negeri Perak ini. Marilah kita buat yang terbaik untuk semua agar Negeri Perak menjadi contoh kepada negeri-negeri lain dalam segala jenis bidang dan lapangan yang ada.
Insyallah.
KOMEN TERKINI