Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua usahawan agar dapat bersama-sama terlibat dalam aktiviti persatuan dan seterusnya mendapat pelbagai manfaat dan menambah nilai kepada diri dan perniagaan masing-masing.
Assalamualaikum
Alhamdulillah PUBI Perak melangkah maju setapak lagi dengan memiliki laman sesawang (website) sendiri. Semoga ia membawa lebih banyak manfaat dan kelebihan kepada semua.
Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengurus dan menaikkan persatuan selama ini. Banyak masa, tenaga dan buah fikiran telah disumbangkan oleh semua AJK dan Ahli yang terlibat. Selain pelbagai dugaan dan cabaran yang harus ditempuh.
Saya sangat menghargai segala bentuk sumbangan semua pihak terutama AJK dan Ahli dalam menjadikan persatuan ini mampu berdiri dan melaksanakan objektif serta matlamatnya semenjak penubuhannya pada bulan April 2016.
Saya bangga menjadi sebahagian dari persatuan ini yang telah pun mula dikenali dan juga disegani di bandaraya Ipoh dan di negeri Perak ini. Banyak aktitivi seperti kursus, bengkel, seminar, penganjuran pasar malam, program usahasama, program kebajikan dan lain-lain yang telah dilaksana bagi memenuhi objektif dan matlamat asal penubuhannya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua usahawan agar dapat bersama-sama terlibat dalam aktiviti persatuan dan seterusnya mendapat pelbagai manfaat dan menambah nilai kepada diri dan perniagaan masing-masing.
Memang diakui PUBI Perak yang masih baru ini perlukan sokongan semua pihak disamping masih banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Oleh itu sumbangan dan idea usahawan semua juga sangat dialukan, dihargai dan sesungguhnya amat diperlukan untuk kebaikan bersama. Manfaatkan saluran komunikasi yang ada untuk menyumbang idea dan pandangan serta komen yang membina demi kebaikan bersama.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan Terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada tuan pengurusi dan semua AJK yang terlibat dalam menjadikan kewujudan laman sesawang (website) ini satu kenyataan. Terima kasih juga kepada semua ahli yang sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan. Terima kasih juga kepada semua agensi kerajaan, persatuan, agensi swasta dan masyarakat yang telah bekerjasama dengan kami dalam melaksanakan aktiviti.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Nor Adzman Bin Nali @ Razali
Timbalan Pengerusi
KOMEN TERKINI