PERMOHONAN TAPAK BERNIAGA PASAR MALAM PUBI PERAK KINI DIBUKA!!!
Wow! Berita baik!
Kami perlukan hanya 25 orang peniaga sahaja lagi untuk berniaga di Pasar Malam anjuran PUBI Perak yang akan dibuka di 3 lakasi baharu yang sangat strategik di Bandaraya Ipoh ini!
Inilah peluang buat semua untuk mencari rezeki dengan berniaga di tapak-tapak pasar malam yang bakal kami buka ini.
Tapak pasar malam tersebut adalah di lokasi-lokasi seperti berikut:
1) CADANGAN SETIAP HARI SELASA : TAPAK PASAR MALAM OFF JALAN GOPENG, TAMAN RAJA EKRAM (LALUAN UTAMA KG. MELAYU GUNUNG RAPAT KE SPPK, JALAN PASIR PUTEH) Klik untuk lihat lokasi →
2) CADANGAN SETIAP HARI RABU : TAPAK PASAR MALAM JALAN MARGOSA B15, SERI MARGOSA, TAMAN SERI BOTANI (BERHAMPIRAN RESTORAN LAKSA SARANG VIRAL TAMAN BOTANI, IPOH) Klik untuk lihat lokasi →
3) CADANGAN SETIAP HARI KHAMIS : TAPAK PASAR MALAM JALAN 6A, AMPANG (BERHADAPAN PPOC PERAK) Klik untuk lihat lokasi →
Sehubungan dengan itu, PUBI Perak dengan sukacitanya membuka permohonan tapak pasar malam ini kepada semua yang berminat untuk berniaga di tapak-tapak pasar malam anjuran PUBI Perak ini.
Borang permohonan berniaga di tapak pasar malam ini boleh di download melalui link di bawah ini;
Klik Untuk Muat Turun Borang*Sila download dan print sendiri
Atau anda semua boleh hadir ke Pejabat Urusan PUBI Perak untuk mengambil borang SECARA PERCUMA di alamat No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh Perak mulai hari Khamis 1hb November 2018 dari jam 9pg – 5ptg. *Sila hubungi 05-322 3924 untuk temujanji.
NOTA: Jumaat, Sabtu & Ahad Pejabat TIDAK DIBUKA
BORANG DIEDARKAN PERCUMA!
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 30HB NOVEMBER 2018!
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami melalui link ini →
Syarat umum permohonan tapak pasar malam PUBI Perak:
- Setiap borang hendaklah dihantar ke Pejabat PUBI mulai 01/11/2018.
- Bayaran RM50 dikenakan untuk setiap permohonan yang mana akan dipulangan semula sekiranya pemohon menarik diri atau PUBI Perak menolak permohonan tersebut.
- Permohonan yang berjaya akan dikenakan bayaran yuran masuk dan yuran pengurusan sebanyak RM200 dan tambahan RM50 untuk setiap Pasar Malam yang dipohon. (Hangus)
- Deposit 1 Tapak adalah RM100 untuk setiap tapak yang dipohon di setiap tapak pasar malam dan bayaran RM3.00 untuk setiap tapak dikenakan setiap kali berniaga di pasar malam tersebut.
- Sila hantar borang permohonan anda SEBELUM 30hb November 2018 ke alamat;
Pejabat Urusan PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd, No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh Perak. No. Tel: 05-322 3924.Klik untuk lokasi Pejabat PUBI Perak →
Nota: Lampiran penuh peraturan dan syarat-syarat akan diedarkan kepada mereka yang berjaya nanti.
Semoga dengan pembukaan tapak pasar malam ini akan memberi impak terhadap ekonomi setempat.
Insyallah..
KOMEN TERKINI