DALAM USAHA MELAHIRKAN DAN MEMBANGUNKAN USAHAWAN, PUBI PERAK TELAH MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT YB ASMUNI AWI

Pada 24hb September 2018 yang lalu, PUBI Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat YB Tuan Haji Asmuni Awi selaku Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri di Bangunan SUK Kerajaan Negeri sebentar tadi.

Mewakili PUBI Perak adalah En. Sharul selaku Pengerusi PUBI Perak, En. Nor Adzman Nali selaku Timbalan Pengerusi, Cik Zarina Che Zam selaku Bendahari Agung dan Pn Nurussaadah selaku Penolong Setiausaha.

Topik utama perbincangan dengan Yang Berhormat adalah berkaitan hala tuju pemantapan ekonomi dan pembangunan usahawan di Bandaraya Ipoh.

Hasil dari pertemuan ini PUBI Perak beriltizam untuk meneruskan perjuangan dalam usaha membangunkan usahawan di Bandaraya Ipoh secara khususnya dan di Negeri Perak secara amnya.

Insyallah..

Untuk melihat Photo Kunjungan Hormat ini sila klik