BUAT JULONG KALINYA PUBI PERAK DENGAN KERJASAMA PUSAT KHIDMAT PARLIMEN GOPENG AKAN MENGANJURKAN KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA PIALA HARAPAN 2019

Matlamat utama kejohanan ini diadakan adalah bertujuan mengetengahkan kebolehan serta mencungkil bakat-bakat baru bagi mempamerkan kebolehan dan ketangkasan mereka didalam arena sukan badminton.

Selain itu, ianya akan memupuk semangat kesukanan dan rasa muhibbah di kalangan peserta-peserta yang terlibat di samping mewujudkan masyarakat yang sihat ,cergas ke arah komuniti sihat melalui aktiviti sukan.

Info tentang kejohanan ini adalah seperti berikut;

Tarikh : 08hb September 2019
Hari : Ahad
Masa : 9am – 6pm
Tempat : HST Ipoh Badminton Arena Ipoh, Perak. (Berdepan Sek. Ren.Kebangsaan Ampang)


Lokasi HST Ipoh Badminton Arena Ipoh, Perak


Untuk maklumat semua, tetamu kehormat pada kejohanan ini nanti adalah Yang Berhormat Dr. Lee Boon Chye selaku Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Gopeng.

Kejohanan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di negeri Perak dan antara acara yang akan dipertandingkan pada kejohanan ini nanti adalah kategori Bergu Lelaki Novis dan Bergu Lelaki Veteran Campuran umur 90 tahun ke atas.                                         

Untuk Acara Bergu Lelaki Novis Terbuka, pemain yang kini mewakili negara, negeri (sirkit kebangsaan / remaja & sukma) serta bekas pemain yang disebutkan diatas tidak dibenarkan mengambil bahagian.   

Manakala bagi Acara Bergu Lelaki Veteran campuran umur 90 tahun ke atas keatas pula, ianya hanya terbuka kepada pemain yang berumur 40 tahun & 50 tahun pada tarikh 1.1.2019 (Bekas pemain Negara tidak dibenarkan).

Hadiah yang ditawarkan untuk kejohanan ini sangat menarik iaitu berupa wang tunai dan trofi kejohanan.

Oleh itu, kepada mereka yang ingin menyertai kejohanan ini boleh membuat pendaftaran segera dan sekiranya ada pertanyaan bolehlah hubungi pihak urusetia melalui talian berikut;

Tel :05-322 3924 / H/P :019-577 3924 (Sharul) , 016-5503238 (Izzadi)

TARIKH TUTUP  PERYERTAAN ADALAH PADA 22/08/2019 (KHAMIS) SEBELUM JAM 5.00 PETANG.

Klik untuk download Borang Penyertaan dan juga Syarat-syarat Kejohanan —>