KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 8hb Mei 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput oleh Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners Ipoh untuk hadir ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Firma Guaman ini yang telah berlangsung di Villa Chinta Zara Ipoh Perak.

Menghadiri majlis itu mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah En. Sharul Rahman selaku pengerusi persatuan, En Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Koperasi dan Pn. Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha Koperasi.

Turut hadir adalah En Mohamad Nafis selaku Bendahari Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd dan Isteri kepada En Haizul Fakarudin iaitu Pn Alyn. Majlis yang gilang gemilang telah dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang mana terdiri daripada pelanggan-pelanggan Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners Ipoh.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Juruaudit Koperasi

Untuk makluman semua, Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners Ipoh adalah Panel Guaman yang telah dilantik oleh KOPUBI Perak Bhd dan firma guaman ini bertindak sebagai penasihat koperasi dari segi undang-undang dan perkara yang berkaitan.

Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Esa kerana majlis yang telah dirancang ini dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan serta telah menjadi satu memori indah dikalangan tetamu-tetamu yang hadir.

Program yang dianjurkan ini sangat baik dan mengikatkan hubungan baik di antara kedua-dua buah entiti ini serta sangat berguna untuk gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi