ISTANA NEGARA KONGSI VIDEO RAJA PERMAISURI AGONG SEDIAKAN KEK ANAKANDA BAGINDA

Hari ini Instagram Istana Negara telah kongsikan sebuah video yang sangat ekslusif untuk tontonan rakyat jelata.

Video tersebut adalah sebuah video di mana KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menyediakan sendiri kek sempena Hari Keputeraan anakanda Baginda YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah yang ke-18 hari ini.

Dari video yang dikongsikan, terserlah keenakkan dan kelazatan kek dari air tangan Seri Paduka Baginda itu.

Sangat beruntung DYMM YDP Agong kita kerana mempunyai isteri yang pandai memasak.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan berpanjangan, melindungi serta merahmati seluruh keluarga dan Kerabat Diraja hendaknya.

Daulat Tuanku!

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah ke sisi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena dengan Hari Keputeraan YAM Tengku Puteri yang ke-18.

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik dan rahmat, juga lindungan kesihatan, hidayah serta redaNya. Menjunjung Kasih.

Sumber: Instagram Istana Negara