HIBAH AMANAH TH: CARA & PROSEDUR PERMOHONAN

Hibah Amanah TH merupakan perkhidmatan pengurusan harta yang disediakan oleh Tabung Haji untuk Pendeposit TH.

Secara definisinya, Hibah Amanah TH merupakan pemberian harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah (pendeposit TH) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela tanpa paksaan dan, tanpa mengenakan sebarang balasan serta berlakunya ijab qabul antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah.

Harta ini akan dipegang oleh Pemberi Hibah Amanah yang bertindak sebagai Pemegang Amanah dan akan diserah milik kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah dan/atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: OApa Itu Sukuk? Dan Apakah Persamaan dan Perbezaan Di Antara Sukuk Dan Bon Konvensional?

RUKUN HIBAH

Rukun Hibah terdiri dari 5 perkara iaitu:

  1. Pemberi hibah (Wahib)
  2. Penerima hibah (Mawhub lahu)
  3. Harta yang dihibahkan (Mawhub)
  4. Sighah (Ijab dan Qabul)
  5. Penerimaan hibah (Qabd)

KELEBIHAN HIBAH

Antara kelebihan hibah adalah:

about:blank

  1. Pemberi Hibah Amanah bebas menghibahkan harta hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan beragama Islam.
  2. Pemberian Hibah Amanah tidak tertakluk kepada hukum faraid. Justeru itu, sesiapa sahaja layak menerima harta hibah.
  3. Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut hukum faraid.
  4. Sebagai suatu alternatif atau penyelesaian bagi pembahagian harta kepada saudara baru/mualaf yang tidak mempunyai waris beragama Islam atau kepada anak angkat.
  5. Pemberi Hibah Amanah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan selagi Pemberi dan Penerima Hibah Amanah masih hidup.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi pemberi dan penerima hibah TH adalah seperti berikut

i) Pemberi Hibah

  1. Pendeposit TH yang mempunyai Akaun Dewasa.
  2. Waras.
  3. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  4. Tertakluk kepada terma dan syarat di bawah Surat Ikatan Hibah Amanah dan Surat Kuasa Wakil.

ii) Penerima Hibah

  1. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia.
  2. Beragama Islam atau bukan beragama Islam.
  3. Waras (sekiranya tidak waras, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah).
  4. Tiada had umur (sekiranya Penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah).
  5. Tiada had bilangan Penerima Hibah Amanah. 

CARA MEMOHON

Untuk memohon hibah di TH, sila buat janji temu dengan TH bagi melaksanakan urusan tersebut di https://tabunghaji.gov.my/ms/janji-temu.

PROSES PERMOHONAN

Proses permohonan hibah boleh dilihat melalui gambar di bawah:

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai hibah ini, sila layari laman web https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/perkhidmatan/hibah-amanah-th.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD