BISNES: FACEBOOK SHOP, PRODUK BARU YANG BAKAL BERSAING DALAM PASARAN E-DAGANG DUNIA
Covid-19 yang melanda dunia sekarang telah mengubah hampir 100% cara kita menjalani kehidupan. Penjarakan sosial kini merupakan perkara utama yang perlu kita semua amalkan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 ini.
Kita terpaksa melalui kehidupan norma baru yang telah mengrubah aktiviti seharian kita. Ini juga termasuk dalam cara kita membeli-belah barang keperluan.
Sejak Covid-19 ini menular, semakin ramai orang di seluruh dunia mula menjadikan pembelian online sebagai norma baru kehidupan mereka. Kadar jualan kedai fizikal telah menunjukan penurunan akibat lockdown yang telah dijalankan oleh kebanyakan negara dan kini sebahagian kecil negara mula membuka sektor ekonomi mereka termasuk Malaysia.
PROGRAM AGROPRENEUR MUDA: Syarat Kelayakan Dan Panduan Permohonan
Sudah pasti peniaga kecil dan sederhana yang memiiki kedai fizikal merupakan golongan yang sangat terjejas dengan keadaan ini.
Kini Facebook telah hadir dengan kemaskini aplikasi Facebook dan Instagram bagi membantu peniaga kecil. Update yang dilakukan oleh Facebook adalah dengan memperkenalkan ciri terbaru mereka iaitu Facebook Shop.
Ini bukan kali pertama pihak Facebook memperkenalkan ciri-ciri jualan di dalam platformnya itu.
Pada tahun 2016, pihak Facebook telah memperkenalkan kedai online yang dikenali sebagai Marketplace bagi memudahkan pengguna melakukan jual beli. Walaubagaimanapun, pihak Facebook kurang mengambil berat fungsi marketplace ini kerana teras perniagaan mereka adalah berdasarkan pengiklanan yang dibuat oleh pengguna.
Kini setelah pandemik berlaku, pihak Facebook telah fokuskepada Facebook Shop untuk memudahkan pengguna untuk menjalankan jual beli di dalam talian.
Pada tahun lepas, Facebook telah membentangkan teknik pembayaran online melalui cryptocurrency yang dikenali sebagai Libra. Libra yang diperkenalkan oleh Facebook ini masih lagi di dalam proses perundangan dan menghadapi pelbagai cabaran oleh pihak berkuasa kerana dilihat mencabar fungsi bank pusat di sesetengah negara.
Facebook Shop kini dilihat oleh ramai penganalisis sebagai satu platform yang bakal mencabar e-comerce terbesar dunia seperti Amazon dan juga Walmart di Amerika Syarikat. Kalau di Malaysia, yang tergugat berkemungkinan Lazada atau Shopee.
Apa yang istimewa mengenai Facebook Shop ini adalah, setiap pemilik akaun Facebook mampu untuk menggunakan Facebook Shop ini dengan syarat mereka mendaftar sebagai ahli. Setiap pendaftaran ahli tidak akan dikenakan sebarang caj oleh pihak Facebook.
Caj hanya akan dikenakan jika terdapat transaksi jual beli iaitu sebanyak 5% untuk setiap transaksi. Ia adalah jauh lebih rendah berbanding Ebay (9%) atau Amazon (13%).
Kelebihan lain yang dimiliki oleh Facebook Shop ini adalah peniaga boleh membuat live melalui Facebook dan pembelian boleh dilakukan ketika sesi live sedang berjalan. Facebook juga akan menyediakan aplikasi khas bagi peniaga untuk memberikan perkhidmatan customer service melalui Facebook Shop tersebut dan juga royalty program untuk pelanggan yang membeli melaluinya.
Peniaga juga boleh membuat iklan bagi kedai mereka melalui Facebook Shop ini.
Selain daripada itu, Facebook turut bekerjasama dengan nama-nama besar dalam industri e-commerce seperti Shopify, BigCommerce, Woo, Channel Advisor, CedCommerce, Cafe24, Tienda Nube dan Feedonomics.
Aplikasi ini dijangka akan diperkenalkan ke seluruh dunia secara berperingkat dalam masa yang terdekat.
Sumber Rujukan: Majalah Labur
KOMEN TERKINI