KURSUS LATIHAN PRODUK MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 4hb – 5hb September yang lalu, Team MyAngkasa Amanah KOPUBI Perak Bhd telah menyertai sebuah sesi Kursus yang dijalankan oleh ANGKASA Negeri Perak iaitu Kursus Latihan Produk yang mana telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pusat Seminar & Latihan KAKIB, Ipoh, Perak.

Alahmdulillah, seramai 10 orang wakil daripada KOPUBI Perak Bhd telah menyertai kursus ini dan telah dihidangkan dengan ilmu pengetahuan yang mampan berkaitan Pengurusan Harta Pusaka dan juga Wasiat.

Turut menghadiri kursus ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En.Sharul Rahman dan Ahli Lembaga KOPUBI iaitu Saudara Mohammad Nafis bin Zamah Sari.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 29hb Ogos 2024 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Perjumpaan Bersama Team MyANGKASA Amanah Bhd anjuran KOPUBI Perak Bhd bertempat di Business Center Bangunan PTTC Meru, Ipoh Perak.

Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan aktiviti Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka yang ditawarkan oleh KOPUBI Perak Bhd kepada Anggota dan juga Masyarakat Umum.

Alhamdulillah kerana KOPUBI Perak Bhd pada Jun 2024 yang lalu telah dilantik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 03hb Julai 2024 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Perjumpaan Bersama Team MyANGKASA Amanah Bhd anjuran KOPUBI Perak Bhd bertampat di Pejabat Urusan Kumpulan PUBI, Station 18, Ipoh Perak.

Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan aktiviti perkhidmatan terbaharu yang bakal ditawarkan oleh KOPUBI Perak Bhd kepada Anggota dan juga Masyarakat Umum iaitu Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka.

Syukur Alhamdulillah kerana KOPUBI Perak Bhd telah dilantik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.

Baca Lanjut

JAMINKERJA 2.0: INSENTIF MAJIKAN & PEKERJA BAHARU 2022

JAMINKERJA 2.0: INSENTIF MAJIKAN & PEKERJA BAHARU 2022

JaminKerja 2.0 merupakan insentif kewangan yang diberikan kepada kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 1 Ogos 2022 bagi pengambilan pekerja baharu mulai 1 Januari 2022.

Program ini dikhaskan kepada majikan yang mengambil pekerja baru dalam kalangan sektor Pelancongan, Wanita penggantian Pekerja Asing dan Pegawai Dagang, dan Golongan Rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan lain-lain.

Menerusi program ini, majikan akan menerima insentif kewangan sehingga RM42,000 dan bantuan mobiliti kepada pekerja sebanyak RM500.00 dibayar terus secara one-off.

Baca Lanjut