
KEMALANGAN – DUA TENTERA MAUT PULANG MESYUARAT
DUA tentera yang baru pulang dari satu mesyuarat di Kuala Lumpur maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kampung Lebu di Bentong, petang tadi (Semalam).
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, dua mangsa menaiki kereta jenis Proton Saga dan dalam perjalanan ke Kem Mempaga dilapor bertembung dengan sebuah lori.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusof Unis berkata, dalam kejadian itu, Koperal Azizul Azmy, 33, berasal dari Taman Bercham Raya, Ulu Kinta, Perak yang juga pemandu kereta itu Proton Saga itu maut ditempat kejadian akibat parah di kepala.
Baca Lanjut →





KOMEN TERKINI